Kreatif dan Unik - Upacara Memotong Pulut Kuning Sempena Majlis Resepsi YM Tunku Datin Zawyah dan Datuk Rayan JK Abdullah.
14.05.2011, Sabtu - Alhamdulillah, semuanya selamat. Apa yang kami harapkan kehidupan mendatang akan dipenuhi dengan kegembiraan dan semoga kekal ke akhir hayat. Itulah yang diucapkan oleh bekas isteri Datuk K, Yang Mulia Tunku Zawyah Tunku Izham kepada wartawan semasa majlis resepsi sempena perkahwinan terbaru beliau dengan Datuk Rayan Joseph King Abdullah yang diadakan di Taman Mahsuri, Hotel Royale Chulan pada 12.05.2011.
Pasangan dua sejoli ini diijabkabulkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali di Hotel Royale Chulan dengan mas kahwin RM501.00. Wang hantaran perkahwinan berjumlah RM38,888.88 dengan tujuh dulang hantaran dipihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan. Majlis ini turut dihadiri oleh anak-anak YM Tunku, keluarga terdekat kerabat diraja Kedah YM Tunku dan turut memeriahkan majlis adalah kerabat-kerabat diraja Pahang.
Datuk Rayan merupakan seorang bapa tunggal kepada dua orang anak perempuan dan juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Sabah. Beliau memeluk Islam dalam bulan Februari lepas. Datuk dan YM Tunku diperkenalkan oleh seorang rakan kepada YM Tunku dua tahun lepas dan pada malam tahun baru 2011 Datuk telah meluahkan isi hatinya yang amat mencintai YM Tunku dan ingin menyunting YM Tunku sebagai suri singahsananya. Ternyata Datuk tidak bertepuk sebelah tangan dan iannya diterima seikhlas hati oleh YM Tunku sehingga membawa kepada ikatan talian pertunangan pada Mac 2011 lepas. Nampak gayanya YM Tunku boleh menggunakan gelaran Datin Semula dengan perkahwinan ini.
Syah yakin, Datuk ikhlas mengahwini YM Tunku atas dasar kasih sayang. Jika kita lihat status datuk sebagai seorang ahli perniagaan memang dia banyak pilihan untuk memilih wanita-wanita muda untuk dijadikan Isteri tetapi mengapa dia memilih seorang wanita yang berusia 48 tahun? Jawapannya mudah sahaja kerana Datuk Ikhlas mencintai YM Tunku Zawyah dan atas dasar cinta dan kasih sayang itulah mereka mengikat pertalian ini dengan perkahwinan. Sama juga dengan kisah Prince Charles pewaris kedua tahta Britain yang berkahwin semula tetapi bukan dengan wanita muda malah memilih Camilla, Duchess of Cornwall sebagai permaisuri baginda atas dasar kasih dan sayang yang abadi.
Syah Ucapkan Selamat Pengantin baru Kepada YM Tunku Datin Zawyah bt Tunku Izham dan Datuk Rayan JK Abdullah Semuga Dipanjangkan Umur dan Jodoh Kalian Berdua Serta Dapat Membina Keluarga Yang Bahagia. AMIN. Selamat berbulan madu ke Switziland YM Tunku dan Datuk.
Entry Syah berhubung pertunangan YM Tunku Zawyah:
No comments:
Post a Comment