Thursday, May 19, 2011

Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak Mengadakan Sidang Akhbar Mengenai Kesahihan Dakwan Raja Noor Jan Shah Sebagai Waris Kesultanan Melaka dan Perak

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Shah


19.05.2011, Khamis - Hari ini Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) telah mengadakan satu sidang akhbar disebuah hotel di Ipoh, Perak mengenai Isu Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Shah yang mendakwa beliau adalah pewaris kesultanan Melaka dan Perak. Iannya juga untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat atas dakwaan Raja Noor Jan itu semenjak tahun 2006. Dalam sidang akhbarnya, Setiausaha Kehormat PWKNP Raja Omar Ikram bin Raja Abdullah Omar menafikan dakwaan berkenaan dan berharap Raja Nor Jan Shah berhenti dari membuat dakwaan tersebut kerana iannya satu penipuan dan pemalsuan fakta.

Menurut beliau, PWKNP telah membuat siasatan dan kajian terhadap salahsilah (nasab) Sultan Perak ke-22, Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah 1, Marhum Iti Kadullah atau Marhum Durian Sebatang yang memerintah pada 1851-1857 dan didapati Raja Noor Jan tiada dalam nasab berkenaan. Raja Noor Jan mendakwa beliau waris Sultan Perak ke-22 melalui anakanda Sultan yang bernama Raja Alang Abdul Rahman. Baginda tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman sebaliknya anakanda baginda bernama Raja Pandak Abdul Rahman. Waris dan Keturunan Raja Pandak Abdul Rahman ada sehingga hari ini dan keturunannya menjadi anggota PWKNP.

Salahsilah Sultan Perak ke-22 juga menurut Raja Omar boleh dilihat daripada buku " A History of Perak" tulisan R.O.Winstedt dan R.J. Wilkinson yang ditulis pada tahun 1934 dan tiada dicatatkan nama Raja Alang Abdul Rahman sebagai salah seorang putera baginda. Raja Omar memaklumkan bahawa biro nasab PWKNP telah menyiasat saudara mara Raja Noor Jan yang berada di Kampung Raja dan Kampung Teluk Perang di Parit, Perak dan mereka telah mengaku bukan keturunan raja. Raja Omar yakin Raja Noor Jan telah memutar belitkan salahsilah Sultan Perak ke-22 bagi mengukuhkan dakwan palsu beliau.

Dengan penjelasan PWKNP ini, Raja Omar berharap agar semua pihak tidak lagi memberi layanan terhadap tuntutan Raja Noor Jan.

No comments: