Raja Thailand, His Majesty King Bhumibol Adulyadej berada diatas Jeti Khas Sambil Membuat Pemantauwan Terhadap Paras Air Sungai Choa Phraya
27.05.2011, Jumaat - Pada hari Selasa lepas bersamaan 24.05.2011, Raja Thailand telah dilihat buat pertama kalinya berada di khalayak ramai semenjak menjalani pembedahan pada 02.05.2011 lepas. Baginda dilihat berada diatas jeti khas Siriraj Hospital sambil membuat pemantauan terhadap paras air di Sungai Chao Phraya. Baginda yang kelihatan bertenaga dan cergas tampil dengan baju lengan pendek bewarna pink dan berseluar khaki. Baginda diringi oleh pembantu khas dengan menggunakan kerusi roda dari Bangunan Chalerm Phrakiat ke Jeti berkenaan lebih kurang jam 15:56hrs.
Kehadiran baginda telah menarik perhatian orang ramai untuk menyaksikan baginda dari dekat. Menurut laporan, para doktor berpuashati dengan tahap kesihatan baginda selepas pembedahan dan tiada tanda-tanda berlakunya sebarang komplikasi. Mereka menyarankan agar baginda menjalani beberapa sesi latihan pemulihan fizikal bagi memantapkan tahap kesihatan baginda.
Entry Syah berhubung Pembedahan Baginda :-
No comments:
Post a Comment