Thursday, May 19, 2011

Tun Dr Mahathir Mohamad Beransur Sihat

19.05.2011, Khamis - Shukur Alhamdulillah kesihatan Mantan Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan dalam keadaan stabil dan dinasihatkan agar berehat supaya cepat sembuh. Menuru anak lelaki Tun yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz memaklumkan bahawa ayahnya sedang berehat dengan ditemani oleh ibunya. Tun tidak mengalami masalah jantung cuma batuk sahaja yang melibatkan paru-paru beliau. Rawatan yang diberikan adalah rawatan fisioterapi, mengambil ubat antibiotik dan rehat secukupnya. Datuk Mukhriz tidak mengalakkan pelawat melawat Tun untuk menghindarkan berlakunya jangkitan. Bernama melaporkan bahawa Wad dimana Tun ditempatkan telah dikawal rapi dimana hanya anggota keluarga terdekat sahaja dibenarkan masuk.

No comments: