Monday, May 30, 2011

Letihnya Pagi Isnin Nie

30.05.2011, Isnin - Hari nie Syah dari KL Residence dan pagi tadi kejutkan Muss dari tidur kemudiannya sms Arip inform Syah di KL sampai hari Rabu dan cadangkan dia naik bas kerana musin cuti sekolah. Cd hantar Muss dan turunkan Syah di LRT Wangsa Maju. Macam biasa sampai awal pagi nie. Masalahnya hari nie badan Syah rasa letih, mata Syah juga rasa letih dan rasa nak tuam dengan tuala air suam jer. Dari petang sampai malam baru balik dari birthday party anak Kak Long Fadhilah di Wizuri Kondo, Wangsa Maju.

Kalau tak ada urgent account closing memang Syah cuti punya. Bukannya Syah menolong ker apa tetapi tak tahu mengpa rasa letih coz lama sangat dalam majlis kot? Sebentar tadi Syah buat fisio dan singgah sekejap lepas tu ke bahagian akaun untuk sumbit Akru bulan nie. mengantukpun ada macam hendk tersenguk-senguk dan mata rasa kering. Ok lah Syah nak sambung kerja, sehingga berjumpa lagi dilain entry.

No comments: