Kelihatan Duli Yang maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun beramah mesra dengan rakyat di Arena Square, Teluk Intan - Gambar dari Bernama
26.05.2011, Khamis - Hari ini Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenaan merasmikan Bangunan Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan yang bernilai RM7.85 juta di Teluk Intan, Perak. Turut mengiringi baginda adalah Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan. Turut hadir sama adalah Menteri Besar Perak serta isteri dan Yang Dipertua MPTI En Ibrahim Ahmad. Selepas perasmian, Tuanku Azlan telah menerima persembahan cenderahati berbentuk Menara Condong Teluk Intan.
Terdahulu Baginda berdua telah berkenan menghadiri Majlis Bersama Rakyat yang diadakan di Arena Square sempena sambutah Hari Keputeraan Sultan Perak ke-83. Sebaik tiba baginda berdua dan rombongan dipersembahkan dengan tarian rakyat.
No comments:
Post a Comment