
Shukur Alhamdulillah keadaan lutut Syah semakin pulih tetapi ada masa-masanya terasa sakit bila berjalan. Bun nasihatkan Syah supaya Syah tidak berjalan tanpa henti lebih daripada 15 minit. Bab naik tangga kena perlahan dan tak macam biasa kerana masih terasa sakitnya kalau Syah turun/naik tangga macam biasa. Solatpun Syah masih menggunakan kerusi kerana bila duduk antara dua sujud dan nak bangun ada terasa sedikit. So Syah tak boleh paksa pergerakan Syah macam biasa takut nanti keadaan bertambah buruk dan lambat sembuh.
Bun inform, bila berjalan sakit, dia minta Syah berhenti seketika dan jangan paksa jalan juga. Apa-apapun keseluruhannya Insyallah ia semakin pulih. Doakan Syah sembuh yer kawan-kawan semua.

No comments:
Post a Comment