15.05.2011, Sabtu - Sekarang sudah jam 09:15hrs dan sebentar tadi Syah menelefon ke kampung melalui telefon Haziq untuk bertanyakan khabar Bonda Ejon. Syah dapat bercakap dengan Bonda Ejon dan bertanya khabar dia. Dia inform sudah sihat dan suarannya macam menangis. Dia tanya bila Syah hendak balik dan Syah beritahu adalah nanti Syah balik. Syah suruh Bonda Ejon jaga makan. Hilang rindu Syah pada Bonda Ejon bila dengar suaranya. Syah akan balik dan tak pedulikan lain-lain hal yang menggangu fikiran Syah dan yang penting Syah hendak jumpa Bonda Ejon, Syah tahu dia memang rindu sangat dengan Syah. Syah sudah call anak saudara Syah dan Syah akan balik kampung esok pagi dengan Mamat. JaM 08:00hrs Mamat akan fetch Syah di Rawang Residence. Balik hari dan dari kampung Syah minta Mamat hantar Syah ke KL Residence.
Masa bercakap dengan Kak Lang tadi, Kak Lang Ella inform Bonda Ejon menangis dan tanya Kak Lang mengapa Syah tak balik. Kak Lang maklumkan masa hantar ke doktor, Dr kata mungkin Bonda Ejon salah makan dan kekurangan Vitamin C. Doktor minta Bonda Ejon banyakkan makan sayur dan buah-buah. Haziq belikan buah-buahan, kemudiannya Kak Lang Ella belikan Ejon Suppliment Vitamin C sebab Bonda Ejon tak berapa nak suka makan sayur dan buah. Ya Allah terima kasih kerana makbulkan Doa Syah supaya Bonda Ejon sihat Semula. Shukur Alhamdulillah dan Terima Kasih Ya' Allah.
No comments:
Post a Comment