Sunday, November 30, 2014

Tuanku Sharafuddin Minta Kerajaan Pusat Beri Peruntukan Cukup Selenggara Peralatan Tentera

30 November 2014, Ahad :-

Malam tadi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenaan berangkat ke majlis Santapan Diraja Kapten Yang Dipertua TLDM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang. Tuanku Sultan Selangor juga merupakan Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Dalam titahnya, Baginda mahu kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang secukupnya bagi penyeliaan dan penyelenggaraan peralatan ketenteraan. Titah Baginda,  bagi menghadapi musuh-musuh yang mengancam negara, peralatan dan persenjataan sedia ada mestilah diselia dengan baik dan sempurna supaya dapat digunakan pada bila-bila masa. Tuanku juga meminta semua peringkat pasukan keselamatan negara supaya berkhidmat dengan penuh jujur dan ikhlas serta mengutamakan kualiti kerja yang cemerlang.

Baginda juga memuji kerajaan Malaysia diatas penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah atau ESSCom  dan berharap agar kawasan litupannya diperluaskan dari semasa ke semasa. Rakyat adalah disarankan agar memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan bagi memastikan matlamat untuk mengekalkan keamanan di negara ini tercapai sepenuhnya.

Diantara titah baginda :-
  • "Adalah amat mengecewakan jika memiliki aset yang maju dan canggih tetapi tidak boleh digunakan dan disimpan di dalam stor atau gudang kerana tidak mempunyai alat ganti disebabkan kekurangan kewangan." 
  • "Gejala rasuah, salah guna kuasa dan mengutamakan kepentingan peribadi hendaklah dielakkan."

Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali, Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Seri Roslan Saad, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan lebih kurang 800 pegawai TLDM, TUDM dan PDRM.

Sumber :- Bernama / Syukury

Tuesday, November 11, 2014

Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan Ke-45 Tahun

11 November 2014, Selasa :-





Patek Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V
D.K., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.

Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim dan Jajahan Takluknya

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda 
Ke-45 Tahun
Pada 11 November 2014 bersamaan 18  Muharam 1436H

Semuga Allah Memanjangkan Usia Tuanku Sultan dan Diberikan Kesihatan Yang Baik Agar Dapat Terus Menerajui Tahta Negeri Kelantan Darul Naim.

Amin.


Sembah Takzim Daripada

Maharum Bugis Syah

Sunday, November 9, 2014

Sultan Johor Dikurniakan Darjah Kerabat Mahkota Brunei


Sila Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar


09 November 2014, Ahad :-

Merafak Sembah Ucap Setinggi-tinggi Tahniah kepada Sultan Johor,  Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah dikurniakan Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Istiadat pengurniaan berlangsung malam tadi 08 November 2014 di Istana Besar Johor Baharu sebelum Istiadat Persandingan Pengantin Diraja Diantara Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam berlangsung.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Sultan Brunei dan Raja Isteri Berangkat Ke Istiadat Persandingan Pengantin Diraja DYAM Tunku Ismail dan Che' Puan Khaleeda




Sila Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar


09 November 2014, Ahad :-

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan berangkat ke Istiadat Persandingan Pengantin Diraja Diantara Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam. 

Turut serta berangkat adalah anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Istiadat Persandingan Pengantin Diraja berlangsung di Istana Besar Johor Baharu malam tadi 08 November 2014 bersamaan 15 Muharam 1436 Hijrah.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Istiadat Persandingan Pengantin Diraja Diantara DYAM Tunku Ismail dan Che' Puan Khaleeda Bustamam


09 November 2014, Ahad :-

Istiadat Persandingan Pengantin Diraja Diantara Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam telah berlangsung dengan penuh adat istiadat Diraja Johor dan Ketenteraan. Istiadat Persandingan Pengantin Diraja berlangsung di Istana Besar Johor Baharu malam tadi 08 November 2014 bersamaan 15 Muharam 1436 Hijrah dan dihadiri oleh Kerabat Diraja, Dif-Dif Kehormat dan Tetamu Khas sahaja. Dua skrin besar telah diletakkan di Dataran Johor Baharu bagi tatapan umum kerana Istiadat ini tidak disiarkan secara langsung melalui saluran TV.

Terdahulu Istiadat Bertunang dan Istiadat Pernikahan (Akad Nikah) telah berlangsung pada 24 Oktober 2014 bersamaan 29 Zulhijjah 1435 Hijrah di Istana Bukit Serene, Johor Baharu, Johor. 

Sila click gambar untuk Imej yang lebih besar.







Sumber :- Southern Tigers/Jabatan Penerangan Brunei/ Facebook

Tunku Puteri Intan Safinaz Dimasyhur Sebagai Canselor UUM

09 November 2014, Ahad:-

Merafak Sembah Ucap Setinggi-tinggi Tahniah kepada Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah diatas pemasyhuran Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu. Majlis pemasyhuran diadakan sebelum bermulanya sesi pertama Majlis Konvokesyen ke-27 UUM di Dewan Mu'azam Shah, UUM. Majlis Konvokesyen ke-27 UUM bermula semalam 09 November 2014 dan berakhir pada 12 November 2014. Seramai 6,608 graduan bakal menerima ijazah masing-masing termasuk 482 graduan asing dari 26 negara. Majlis pemasyhuran Canselor UUM telah  disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Sumber :- Bernama

Saturday, November 8, 2014

Tunku Jalil Gunting Rambut Untuk Istiadat Bersanding Kekandanya


08 November 2014, Sabtu :-

Semalam Tunku Laksamana Johor, YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim telah berkongsi gambar ini dilaman facebook beliau - Tunku Abdul Jalil Offical dengan caption "Potong rambut dalam gym. Persiapan untok esok malam. #TJ. 

Persiapan untuk esok malam itu merujuk kepada Istiadat Bersanding Pengantin Diraja diantara kekanda beliau iaitu  Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam yang akan diadakan pada malam ini di Istana Besar Johor Baharu, Johor.

Jika anda berada di Johor Baharu, anda boleh menyaksikan Istiadat Bersanding Pengantin Diraja ini secara langsung dari Istana Besar Johor Baharu melalui skrin gergasi di Dataran Johor Baharu, Jalan Persiaran Abu Bakar. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan upacara bersejarah yang dijalankan mengikut adat istiadat diraja Johor.


Sumber :- Tunku Abdul Jalil Offical (facebook)/MBJB 1300880146

Friday, November 7, 2014

Kereta Proton D.Y.M.M. Raja Perlis






07 November 2014, Jumaat :-


Hari ini Syah Solat Jumaat di Masjid Negara dan sepertimana biasa setiap kali waktu Solat Jumaat akan diadakan jualan di kawasan Masjid Negara yang menjual makanan, pakaian, ubat-ubat tradisional dan ada jua yang menjual kereta.  Hari ini Syah nampak sebuah kereta Proton Perdana Edisi Khas yang dijual disitu.  Syah lihat ada plate D.Y.M.M Raja Perlis diletakkan di atas cermin hadapan kereta berkenaan.  Syah diberitahu oleh penjual kereta tu bahawa kereta ini pernah digunakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis. 

Bila penjual kereta itu melihat Syah mengambil gambar kereta ini, katanya kalau awak hendak bergambar kat dalam kereta inipun boleh, nanti saya ambilkan......  Tetapi Syah menolak tawaran berkenaan.  Kereta ini memang besar daripada model Perdana yang biasa kita lihat kerana iannya edisi khas. Syah tak bertanya pula berapa harga kereta ini tetapi ada diletakkan tanda harga Muka '0' RM365 sebulan. Jika anda berminat sila datang ke Masjid Negara setiap hari Jumaat kerana kereta ini ada disana melainkan jika iannya sudah ada pembeli.

Thursday, November 6, 2014

Sultan Brunei Terima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang Daripada USM


06 November 2014, Khamis :-

Merafak Sembah dan Ucapan Setingi-Tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah dianugerahkan  Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang sempena konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-50 yang berlangsung pada 05 hingga 09 November 2014. Anugerah ini disampaikan oleh Tuanku Canselor Universiti Sains Malaysia, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dalam Upacara Konvokesyen Ke-50 USM semalam yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia.

Diantara titah baginda selepas menerima anugerah ini :- 
  • "Ia bukan sahaja satu penghormatan kepada beta tetapi juga kepada rakyat Brunei. Selain itu ia juga mencoretkan kenangan kepada beta dan negara beta,"



Sumber :- Bernama/Pelita Brunei / Berita Harian online

Sultan Brunei Berangkat Pulang Dari Lawatan Rasmi Negara Ke Malaysia


06 November 2014, Khamis :-

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menamatkan lawatan rasmi baginda ke Malaysia petang semalam.  Baginda Sultan dan rombongan berangkat pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Baginda Sultan Brunei telah berkenan melintasi Kawalan Hormat daripada Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Ara, Pulau Pinang yang dianggotai oleh dua pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat. Sebelum menaiki pesawat bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Pengarah Pusat Transformasi Insan, Dato Al-Ustaz Haji Ellias bin Haji Zakaria.

Turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Baginda Sultan Brunei serta rombongan diraja adalah  Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas. Turut serta Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Awang Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd. Taha.

Sumber :- Husam/Pelita Brunei

Sunday, November 2, 2014

Sultan Brunei Berangkat Tiba Di Kuala Lumpur


02 November 2014 :-


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan rombongan telah selamat berangkat tiba di Kuala Lumpur malam ini. Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Brunei disambut oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Tuanku Sultan Brunei berangkat ke Malaysia untuk lawatan rasmi negara selama tiga hari bermula Isnin 03 November 2014.

Sumber :- Hishammuddin Hussein Fan Page