Friday, June 9, 2017

Yang Amat Mulia Almarhumah Tengku Puteri Sofiah Selamat Dimakamkan




09 Jun 2017, Jumaat :-

Yang Amat Mulia Almarhumah Tengku Puteri Sofiah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah selamat dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam, Selangor lebih kurang jam 11:00hrs mengikut adat istiadat Diraja Selangor Darul Ehsan. Istiadat permakaman ini dihadiri oleh seramai kira-kira 1000 orang.  

Jenazah dimandi dan disolatkan di Masjid Istana Diraja, Bandar Diraja Klang dengan diimamkan oleh Timbalan Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan, Sahibus Samahah Dr Haji Anhar bin Haji Opir.  Turut berangkat dalam istiadat ini adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sumber :- Bernama/Utusan Online

YAM Tengku Puteri Sofiah Mangkat


09 Jun 2017, Jumaat :-


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. 

Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tengku Puteri Sofiah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah mangkat pada 08 Jun 2017 bersamaan 13 Ramadan 1438H.  Almarhumah mangkat pada jam 16:00hrs [4 petang]  di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Bandar Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan dalam usia 68 tahun. Jenazah Almarhumah kini berada di Istana Alam Shah dan mengikut jadual, Istiadat Permakaman akan dijalankan pada jam  10:00hrs.

Almarhumah merupakan adinda kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan.


Al-Fatihah
Semuga Rohnya Almarhumah Yang Amat Mulia Tengku Puteri Sofiah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman Dan Beramal Solleh. Amien.

Sumber : Bernama / Metro / Dll

Monday, April 24, 2017

Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V


24 April 2017, Isnin :-


Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV
Sultan Muhammad V

Sempena

Pertabalan 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV

Pada hari Isnin 24 April 2017 bersamaan 27 Rejab 1438H


Sembah Takzim Daripada

Maharum Bugis Syah

Saturday, February 4, 2017

Sultan Kedah Rasmikan Pameran Potret Diraja Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah - Imej of Majesty

04 Februari 2017, Sabtu :-

Hari ini Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli merasmikan Pameran Potret Diraja Sultan Abdul Halim  Mu'adzam Shah - Imej of Majesty.  Majlis perasmian pameran berlangsung di Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah.

Sebanyak 100 keping potret yang mengambarkan perjalanan kehidupan Tuanku Sultan  dari zaman remaja sehingga menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia sebanyak dua kali akan dipamerkan untuk tatapan umum.  Pameran ini dibahagikan kepada empat segmen dan akan dijalankan sehingga hujung tahun ini. Pameran ini juga dijangka akan menjadi salah satu daya tarikan pelancung dari dalam dan luar negara ke negeri jelapang padi ini.

Pameran ini akan dibuka kepada umum bermula esok 05 Februari 2017 dan masuk adalah percuma.  Galeri dibuka setiap hari kecuali pada hari Jumaat bermula jam 10:00hrs hingga 17:00hrs.


Sumber : Bernama / UtusanOnline / MBS

Makam Almarhum Raja Dato’ Seri Ashman Shah

04 Februari 2017, Sabtu :-

Pada 30 Disember 2016, Syah telah ke Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak atas urusan peribadi dan sempat ziarah ke Makam Diraja Al-Ghufran.  Syah ingin berkongsi dengan anda semua gambar makam Almarhum Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah. 

Almarhum merupakan putera bungsu kepada Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan Perak ke-34 (1984 - 2014). Almarhum juga merupakan adinda kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, Sultan Perak ke-35 (2014 - kini).


Sila click link dibawah untuk entry Syah sebelum ini berhubung kemangkatan Almarhum :-

.......... Al-Fatihah ..........


Semuga Rohnya Almarhum Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.


Sila click gambar untuk imej yang lebih besar :-






Tuesday, January 31, 2017

33 Tahun Kemangkatan Al-Marhum Paduka Seri Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah [Marhum Affifullah]


31 Januari 2017, Selasa :-

Hari ini genaplah 33 tahun kemangkatan Almarhum Sultan Perak Ke-33, Al-Marhum Paduka Seri Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah [Marhum Affifullah] Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Shah. Al-Marhum diputerakan pada 17 Ogos 1924 di Bukit Chandan, Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak dan mangkat dalam usia 59 tahun pada 31 Januari 1984. Al-Marhum menaiki tahta pada 05 Januari 1963. Jenazah Al-Marhum dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan atau sekarang dikenali sebagai Makam Diraja Al-Ghufran dengan penuh adat istiadat diraja negeri Perak pada 03 Februari 1984.

Al-Marhum merupakan Ayahanda kepada Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah dan  Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Amat Mulia Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain. 


.......... Al-Fatihah ..........


Semuga Rohnya Al-Marhum Paduka Seri Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah [Marhum Affifullah] ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

Makam Al-Marhum Paduka Seri Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah [Marhum Affifullah] Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Shah.  Gambar ini Syah ambil pada 30 Disember 2016 sewaktu ziarah ke Makam Diraja.






Sumber :- Prince Maharum Bugis Syah Collection