Thursday, December 28, 2006

MAKAM DIRAJA LANGGAR, KEDAH DARUL AMAN

Pada penghujung tahun 2006, 15 - 18 Disember aku mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti rehat tahunan ke kawasan Utara. Distinasi pilihan adalah Pulau Pinang dan Kedah. Di Pulau Pinang aku menginap di City Bayview, Georghtown manakala di Kedah Hotel Seri Malaysia menjadi sasaran aku coz murah.... Ahaks............. Dari Kuala Lumpur aku bertolak dengan AEL67 bersama Azrin kemudiannya Faiz di Penang.
Di Butterworth aku sempat berjumpa kawan baik aku semasa bertugas di Kuala Lumpur dahulu, Norhayati Yusof, sudah beberapa tahun saya tidak berjumpa beliau hanya bercakap melalui telefon sahaja. Hilang juga rasa rindu sebagai seorang sahabat.
Di Kedah, macam biasalah aku menggunakan kesempatan yang ada untuk memenuhi hobi yang berhubungkait dengan raja-raja. Apalagi tempat yang aku ingin kunjungi adalah Makam DiRaja Langgar. Aku juga melawat Masjid Zahir, Balai Nobat dan Balai Besar. Sayang seribu kali sayang, aku tak ada rezeki melawat Istana Pelamin (Muzium DiRaja) kerana kerja-kerja ubahsuai sedang giat dilaksanakan. Hemmm........ Awat lah hang nieee bila aku mai sini baru tulah hang nak buat renovation nor.....
Disini aku ingin berkongsi pengalaman semasa lawatan ke Makam DiRaja Langgar, Kedah Darul Aman melalui gambar-gambar yang diambil.


Makam Al-Marhumah KDYMM Tuanku Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Sultanah Negeri Keah Darul Aman. Baginda mangkat pada 27 Ogos 2003. Baginda merupakan puteri kepada Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan dan KDYMM Yang Di-Pertuan Agong Malaysia pertama. Dengan kemangkatan ini, Baginda Sultan menabalkan isteri kedua baginda, sebagai Sultanah Kedah dengan gelaran KDYMM Sultanah Haminah Hamidun. Sehingga tarikh lawatan saya ke Makam DiRaja tiada sebarang binaan didirikan untuk makam baginda Al-Marhumah.
Makam Tengku Kasim ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Tengku Laksamana Kedah. 11/12/1894 - 23/12/1974.

Potrait KDYMM Al-Marhum Sultan Badlisyah ibni Al-MArhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Baginda mangkat pada 13 Julai 1958.

Gambar atas menunjukkan bentuk batu nisan Al-Marhum manakala gambar bawah memperlihatkan binaan kesuluruhan makam.


Gambar atas dan bawah : YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama selepas kemerdekaan pada tahun 1957 mulai 31/08/1957 sehingga 22/09/1970. Tunku diputrakan di Istana Tiga Tingkat atau lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Beliau merupakan anak lelaki ke 7 dan anak ke 20 bagi KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Syah dengan isteri baginda bernama Che Manjalara binti Long Naraburi Rak, anak seorang Pegawai Daerah Thailand. Semasa kelahiran Tunku, Kekandanya Sultan Badlisyah (ketika itu Tunku Badlisyah) baru berusia 30 tahun.

Tunku mula melanjutkan pelajarannya ke Luar Negara seawal umur 10 tahun di Bangkok dan pada usia 16 tahun beliau dihantar ke England untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Disebabkan peperangan dan perkara yang tidak dapat dielakkan Tunku terpaksa berulang-alik ke England untuk menghabiskan pengajiannya sehingga tahun 1949.

Tunku berkahwin dengan Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana malaria di Kuala Nerang, Kedah. Selepas itu, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Ekoran dari peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan sebarang wanita Inggeris. Pemangku Raja Kedah ketika itu menitahkan agar Tunku menceraikan Violet.
Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh dan perkahwinan ini direstui kerana beliau berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Perkahwinan ini tidak dikurniakan sebarang cahayamata lantas mereka mengambil empat orang anak angkat. Telah dipercayai bahawa Tunku berkahwin sekurang-kurangnya empat kali. Beliau juga berkahwin dengan Leela Murugesu, seorang guru India.

Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87 di Kuala Lumpur, dan disemadikan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star, Kedah dengan penuh adat istiadat penghormatan Negara.


KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Syah ibni Al-MArhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah. Mangkat pada 08 Jamidulawal 1362H bersamaan 13/05/1943.

Makam Al-Marhum KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Gambar atas menunjukkan Batu Nisan Al-Marhum manakala gambar dibawah menunjukkan binaan makam berkenaan.


Makam Al-Marhumah Sharifah Seha binti Syed Hussin. Isteri kepada KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Mangkat pada 10/07/1940.

Makam Sharifah Fatimah binti Syed Idrus. Isteri KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Mangkat pada 08/09/1949.

Makam Che Manjalara binti Long Naraburi Rak. Bonda YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Mangkat pada 23/04/1941.

Makam YM Tengku Sofiah binti Tengku Mahmud. Isteri Tengku Badlisyah. Mangkat pada 28/02/1935

Makam DYMM Tengku Mahmud Ibni Muazam Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah. Regent Negeri Kedah. Mangkat pada 01 Ramadhan 1356H jam 05:45am

Makam YM Tengku Ibrahim ibni Al-Marhum Muazam Sultan Abdul Hamid Halim Syah, Regent Kerajaan Negeri Kedah

Makam YTM Tengku Muhamad Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Raja Muda Kedah

Makam Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Perdana Menteri Malaysia 1.

Makam Che Mariam. Isteri Perdana Menteri 1, Mangkat 25/07/1352H

Makam Al-Marhumah Tun Syarifah Rodziah Syed Alwi Barkabah. Isteri Perdana Menteri Malaysia 1. Mangkat pada 12/03/2000

Makam YTM Tunku Sarina binti Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah Mangkat 31 Ogos 1991
















































































































































































Wednesday, December 27, 2006

Masjid Zahir - Kedah Darul Aman

Mimbar Masjid Zahir
Masjid Zahir

Azrin & Faiz - Masa nie diaorang kurus lagi.






Pada 17 Disember 2006 Syah, Azrin & Faiz mengadakan Letour D'Kedah. Target Syah melawat beberapa tempat bersejarah seperti Masjid Zahir, Makam DiRaja Langgar, Balai Besar dan Balai Nobat. Malangnya kami tidak dapat memasuki Muzium Diraja kerana kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dijalankan.

Masjid Zahir

Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas kegigihan Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Tapak Masjid ini merupakan tanah perkuburan wira-wira Negeri Kedah yang telah gugur sewaktu mempertahankan negeri ini dari serangan Siam sekitar tahun 1821. Rekabentuk Masjid ini adalah diilhamkan dari Masjid Aziz, Bandar Langkat, Sumetera Utara. Lima kubah utama menghiasi Masjid ini melambang lima rukun islam. Masjid ini di rasmikan pada hari Jumaat bersamaan 15 Oktober 1915 oleh KDYMM Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halin Shah dimana baginda sendiri mengimamkan solat jumaat pada hari berkenaan manakala YTM Tunku Mahmud membacakan khutubah Jumaat.