Thursday, July 31, 2014

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Raikan Dif-Dif Kehormat dan Duta-Duta Asing Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri


30 Julai 2014, Khamis :-

Pada 28 Julai lepas bersamaan 1 Syawal 1435H, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama dif-dif kehormat serta duta-duta asing.  Majlis diadakan di Istana Negara.

Sumber :- Bernama

Tuesday, July 15, 2014

Hari Keputeraan Yang Ke-68 Sultan Brunei


15 Julai 2014, Selasa :- 

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Sempena

Hari Keputeraan Yang Ke-68 

"Semuga Allah Merahmati Tuanku"

"Dirgahayu Tuan Patik"



Sembah Takzim Daripada

Prince Maharum Bugis Syah

Wednesday, July 9, 2014

Yang Amat Mulia Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar Mangkat


09 Julai 2014, Rabu :-

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.  Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar telah mangkat awal pagi tadi lebih kurang jam 06:35hrs di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur dalam usia 92 tahun. Allahyarhamah  YAM Tengku Hajah Azam diputerikan pada tahun 1922 di Pekan, Pahang dan merupakan cucunda kepada Sultan Pahang 1. Ayahanda Allahyarhamah adalah YAM Tengku Setia Raja Tengku Omar ibni  Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah.

Allahyarhamah  YAM Tengku Hajah Azam merupakan sepupu dan juga salah seorang isteri kepada Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah iaitu ayahanda kepada Sultan Pahang sekarang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam adalah Bonda Tiri kepada Tuanku Ahmad Shah dan juga Nenda Saudara kepada Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Nenda Tuanku Mizan, Allahyarhamah Tengku Tengah Zaharah adalah kekanda kepada Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam .

Jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Pekan Lama, Pekan, Pahang selepas Solat Asar hari ini.

Sembah Takziah kepada keluarga Diraja Pahang diatas kemangkatan Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar.  Al-Fatihah ................


Semuga Rohnya Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan bermal solleh.  Amien.

Sumber :- KuNain

Monday, July 7, 2014

Tunku Tan Sri Dato' Osman Mangkat


07 Julai 2014, Isnin :- 


Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Sembah Takziah kepada Keluarga Diraja Johor diatas kemangkatan Yang Berhormat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Osman ibni Tunku Temenggong Tunku Ahmad. Allahyarham  Yang Berhormat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Osman diputerakan di Johor Baharu, Johor pada 24 Julai 1932 dan mangkat malam tadi, 06 Julai 2014 dalam usia 81 tahun. Allahyarham berkahwin dengan Allahyarhamah Yang Amat Mulia Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail pada 27 November 1958.  Allahyarhamah Yang Amat Mulia Tunku Tun Maimunah mangkat dalam usia 72 tahun pada 13 Januari 2012.


Al-Fatihah ............. Semuga Rohnya Allahyarham Yang Berhormat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Osman ibni Tunku Temenggong Tunku Ahmad ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amien.

Sumber :- Kesultanan Johor/Royalark

Saturday, July 5, 2014

Tunku Miriam Mangkat


05 Julai 2014, Sabtu :- 

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Yang Amat Mulia Tunku Miriam binti Almarhum Sultan Ibrahim telah mangkat di Florida, Amerika Syarikat pada 04 Julai 2014 dalam usia 64 tahun. Allahyarhamah Tunku Miriam diputerikan di London pada 18 September 1950 dan merupakan puteri kepada Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor ke-2 era moden. Bonda Allahyarhamah Tunku Miriam adalah Sultanah Marcella. 

Al-Fatihah .............. Semuga Rohnya Allahyarhamah Yang Amat Mulia Tunku Miriam binti Almarhum Sultan Ibrahim ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.


Sumber :- RoyalArk / TPP Twitter