Wednesday, May 25, 2011

Siapa Nak Tengok Keris Hang Tuah - Keris Taming Sari

Keris Taming Sari - Keseluruhan sarung Keris Taming Sari diselaputi oleh dedaun emas. Jom kita tengok ..........................


25.05.2011, Selasa - Siapa nak tengok Keris Taming Sari kepunyaan Laksamana Hang Tuah, Pahlawan Melayu Terunggul Melaka? Buat masa ini, Keris Taming Sari merupakan salah satu alat kebesaran Diraja Negeri Perak. Sempena ulangtahun ke-83 Sultan Perak pada tahun ini, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izuddin Shah Ghafarullahu-lah telah memberi perkenan Baginda untuk mempamirkan Taming Sari untuk tatapan umum.

Jurucakap Muzium Perak memaklumkan kepada bernama bahawa Keris Taming Sari akan dipamirkan di Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak mulai hari Ahad ini bersamaan 29.05.2011 hingga 05.06.2011 bermula jam 10:hrs hingga jam 17:00hrs. Jika anda semua ada kelapangan waktu terutamannya sempena musim cuti sekolah ini, bawalah keluarga atau kawan-kawan anda terutamannya anak-anak untuk menyaksikan sendiri dari dekat Keris Taming Sari yang bersejarah ini.

Keris ini dikatakan berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh. Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik menghadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk menghadap sendiri Kebawah Duli Sultan kerana gagal mendapat Puteri Gunung Ledang untuk mengahwini baginda.

Tatkala Sultan Mahmud Shah meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar, Sumatera. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzafar Shah yang kemudiannya berangkat ke Perak (Darul Ridzuan) dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I ibni Sultan Mahmud Shah dan apabila mangkat Almarhum dikenali sebagai Marhum Tanah Abang yang memerintah pada 1528 - 1549.

1 comment:

Anonymous said...

Ar u sure keris ini kepunyaan Hang Tuah? kalu tak silap keris ini kepunyaan Taming Sari, seorang hulubalang Majapahit ke haper...habih tuuu.. Dgn helah tertentu barulah HT dapat memiliki keris sakti itu... gituler cetera adanyer