17.05.2011, Selasa - HM Queen Elizabeth II hari ini memulakan lawatan rasmi empat selama hari ke Ireland dengan ditemani oleh suami baginda, HRH Prince Philip, Duke of Edinburgh. Dengan lawatan ini, baginda merupakan Raja British pertama yang melawat Ireland dalam tempoh 100 tahun. Baginda telah diberikan kawalan keselamatan yang ketat dalam lawatan ini. Beberapa jam sebelum ketibaan Baginda Queen ke Dublin pihak berkuasa menemui bom dalam beg pakaian didalam sebuah bas dikawasan pendalaman Maynooth Co Kildare, Timur Dublin. Walau bagaimanapun perkara ini dapat ditangani oleh pasukan tentera Irish. Kemudiannya satu objek mencurigakan dipercayai bom dijumpai di perhentian tram di kawasan Inchicore, walau bagaimanapun setelah disiasat didapati iannya bom palsu. Lawatan terakhir pemerintah beraja British ke Ireland telah dilakukan nenda baginda Queen iaitu King George V pada tahun 1911 sebelum Republik Ireland memperolehi kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1922.
Apabila lawatan ini diumumkan secara rasmi pada bulan lepas, ianya dialu-alukan oleh pemimpin politik Ireland, walau bagaimanapun bantahan daripada penunjuk perasaan yang anti British dijangka akan berlaku di Dublin iaitu bandar yang akan dilawat oleh baginda Queen Elizabeth II. Lihat sahajalah contohnya seperti photo diatas.
No comments:
Post a Comment