14.05.2011, Sabtu - Malam tadi Kak Lang Ella message Syah via facebook inform bondanya, Ejon tak sihat. Kemudiannya Syah call Kak Lang Ella, mengikut Kak Lang, Kak Ngah Normah inform Bonda Ejon Demam dan Cirit Beret. Dua tiga kali dia ceret beret dalam kain dan Kak Ngah mandi dan bersihkan dia. Syah minta Kak Lang Ella inform Kak Long Zainab dan minta mereka balik kampung secepat mungkin. Bonda Ejon sudah tua sebenarnya.
Pagi tadi Syah call Kak Long dan inform perkara ini dan minta dia dan hubbynya balik tolong tengokkan tapi Kak Long keberatan kerana Kak Lang Ella singgah rumah dia tadi tetapi tak informpun minta tolong tengokkan Ejon cuma dia inform Kak Long nak hantar Ejon ke Kelinik kerana cirit beret sahaja dan tak cakappun yang kes tu serious. Kes Kak Ngah di kampung pula lain ceritannya yang macam tak banyak membantu Bonda Ejon yang sudah tua dan biarkan rumah kotor dan bersepah. Actually mereka adik beradik macam tak bersatu hati dalam menguruskan Bonda Ejon. Mereka ada seorang lagi adik lelaki bernama Razak.
Pening kepala Syah memikirkan masalah mereka. Walaupun kirannya Syah ini orang luar dan bukan adik beradik mereka satu ibu/bapa tetapi Bonda Ejon bersama-sama Mak (Nenda Maharum Syah) membesarkan Syah di kampung bersama Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang dan Razak. Bonda Ejon merupakan Bonda Saudara Syah iaitu adik kepada Ayahanda Syah. Masing-masing Ego dan rasa diri mereka yang betul tetapi yang jadi mangsannya Bonda Ejon.
Syah sebenarnya memang terasa hati dan tak balik kampung lama dah hampi lebih 6 bulan. Bukan apa Syah sebenarnya confuse dengan diri Syah sendiri. Bila balik kampung Syah biasannya balik rumah Bonda Ejon yang merupakan rumah pusaka yang telah diberikan kepada Kak Long. Ayahanda pula bila Syah balik seolah-olah hendah Syah tidur rumah dia. Dari kecil hingga besar Syah di rumah Bonda Ejon bila balik kampung dan apa kata Bonda Ejon bila Syah tidur dirumah Ayahanda. Walaupun mungkin Bonda Ejon akan kata tak kisah tetapi dalam hati dia siapa tahu. Semenjak umur Syah lebih kurang 7 tahun hingga 19 tahun dialah yang bersama-sama Mak (Nenda Maharum Syah) besarkan Syah.
Satu lagi yang Syah merajuk kat kampong tu pasal telefon. Dulu Syah tiap-tiap hari call Bonda Ejon untuk tanyakan khabar dia. Tetapi semenjak rumah baru Kak Ngah yang terletak bersebelahan rumah Bonda Ejon siap telefon tu dibawa kerumah dia. Dia tak tidurpun rumah tu dan tidur dirumah Ejon tetapi telefon tu dipindahkan sebab katannya Kak Long suruh pindahkan ke rumah dia kerana phone tu atas nama dia. Itu tak apalah sebab Syah boleh call Bonda Ejon menggunakan handphone Kak Ngah.
Masalahnya susah nak dapatkan Handphone Kak Ngah dan kadangkala tak berangkat kerana alasannya dia sibuk menguruskan anak kecil dia ke sekolah dan seumpamannya. Bila dapat call pun Syah kadangkala terpaksa cakap menjerit dengan Bonda Ejon kerana tak dengar. Anak-anak Kak Ngah yang perempuan dua orang tu buat bising yang melampau. Bila Syah suruh Kak Ngah nasihat anaknya, jawapan Kak Ngah dia orang tak mahu diam. Bole ker macam tu? ....... jawapannya macam tu. Memang susah dan pada satu hari tu dalam bulan April tak silap Syah, masa Syah call dan jadi benda yang sama hingga Syah hilang sabar dan cakap terjerit-jerit. Lepas tu Syah tak callpun kampung hingga hari ini walaupun Kak Ngah call Syah.
Syah sayangkan Bonda Ejon dan keadaan yang berlaku ini telah menjauhkan Syah dengan Bonda Ejon. Anak-anak dia tak bersatu hati dan masing-masing mengangap diri mereka yang betul dan jadi mangsannya Bonda Ejon. Tengah malam tadi Syah buat Solat Hajat untuk Ejon supaya dia sihat. Menangis Syah semasa berdoa untuk Bonda Ejon dan mita-minta Allah makbulkan doa Syah. Makbulkan lah Doa Aku Ya Allah supaya Bonda Ejon Sihat dan DiPanjangkan Umurnya.
Selepas Syah call Kak Long tadi dan seolah-olah tak ada penyelesaian sekali lagi Syah menangis. Syah bukan apa, Syah hendak suruh suami Kak Long tolong ubatkan Bonda Ejon kerana dia pengamal perubatan cara Islam. Ramai orang jumpa dia kalau sakit sebab tu Syah minta tolong tetapi lain jadinya kerana Kak Lang atau adik beradik yang lain tak minta tolong sendiri tu yang Kak Long Keberatan nak tolong. Kata Kak Long, Kak Lang singgah tadi cakap nak bawa Bonda Ejon kelinik sebab cirit beret jer dan tak inform dia yang benda tu serious, sakit biasa jer katanya. Kak Long nie anak Bonda Ejon tetapi dibela oleh Mak (Nenda Maharum Syah).
Sebentar tadi jam 13:28hrs anak saudara Syah, Haziq sms on the way balik kampung. Dia tanya nak ikut tak dan Syah kata tak? Syah terangkan pasal Kak Long dan Kak Lang tadi dan dia kata tak tahulah diaorang nie. Yerlah Haziq baru 19 tahun dan biasalah budak-budak mana nak fahamkan? Syah minta dia balik dan SMS atau inform Syah perkembangan Bonda Ejon.
Inilah masalah Syah sebenarnya selain daripada masalah kesihatan Syah, Syah juga selalu memikirkan masalah keluarga. Banyak orang kata orang bujang hidupnya senang sebab tak payah fikir masalah keluarga. Tetapi tak semua orang bujang happy go lucky, contohnya Syah sendiri. Mungkin Syah terlalu ambil berat pasal keluarga kot? Syah akan ambil tahu pasal Bonda Ejon walaupun ada orang kata Sepatutnya Syah tak perlu ambil tahu keran Syah buka anaknya tetapi selagi Syah hidup, Syah tak boleh buat macam tu, Syah kena ambil tahu juga walaupun anak-anaknya ada masanya keberatan nak ikut nasihat Syah dan membuatkan Syah rasa sedih.
Syah Doakan Semuga Ejon Cepat Sembuh dan Dipanjangkan Umur. AMIN.
No comments:
Post a Comment