Tuesday, May 31, 2011

Bonda Sultan Selangor Mangkat

31.05.2011, Selasa - Dengan Dukacitanya Dimaklumkan Bahawa Bonda Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah Mangkat pagi ini jam 09:00hrs. Almarhumah Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah berusia 88 tahun. Jenazah telah dibawa ke Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang untuk penghormatan terakhir dan disembahyangkan. Lebih kurang jam 14:45hrs tadi Jenazah dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk disembahyangkan sekali lagi sebelum dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam yang terletak berhampiran Masjid Negeri.

Almarhumah merupakan Kerabat Diraja Selangor dan Perak. Ayahanda Almarhumah adalah Tengku Badar Shah ibni Al-Marhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor ke-5 manakala Bonda Al-Marhumah adalah Raja Embin Izmah binti Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak). Almarhumah merupakan isteri pertama kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Walau bagaimanapun Almarhumah telah berpisah dengan Almarhum Sultan Salahuddin sewaktu Almarhum Sultan menjadi Raja Muda lagi. Hasil daripada perkongsian hidup dengan Almarhum Sultan Salahuddin, Almarhumah dikurniakan dengan tiga orang putera dan empat orang puteri iaitu :-

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj

YAM Tengku Sulaiman Shah

YAM Tengku Abdul Samad Shah

YAM Tengku Puteri Sofiah

YAM Tengku Zahariah (Ku Yah)

YAM Tengku Puteri Arafiah

YAM Tengku Puteri Aisha

Al-Fatihah kepada Almarhumah Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah Semuga Rohnya DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Entry Syah berhubung Ayahanda dan Bonda Al-Marhumah Raja Saidatul Ihsan atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Lat :-

No comments: