Wednesday, May 18, 2011

Tun Dr Mahathir Dimasukkan Ke IJN Hari Ini

18.05.2011, Rabu - Mantan Perdana Menteri Malaysia yang amat kita kasihi iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi lebih kurang jam 06:00hrs untuk menjalani rawatan jangkitan pada dada beliau. Tun yang berusia 85 tahun sebenarnya mengadu demam dan batuk semenjak dua hari lepas.

En Sufi Yusoff yang merupakan Pembantu kepada Tun dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Tun kini sedang menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan fisioterapi dada. Tun dijangka akan berada di IJN selama seminggu dan pelawat tidak dibenarkan melawat Tun kecuali ahli keluarga terdekat sahaja.

Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar Tun Mahathir Mohamad segera sembuh dari penyakit yang dihidapinya serta dipanjangkan umur. AMIN.

No comments: