Tuanku Mizan dan Tuanku Sultan Abdul Halim melawat pameran yang diadakan di Muzium Padi - Gambar dari Bernama.
14.05.2011, Sabtu - Sempena lawatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong ke negeri Kedah Darul Aman, kedua-dua Seri Paduka Baginda mempunyai aturcara berasingan pada pagi ini. Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Sultan Kedah telah berkenaan berangkat ke Muzium Padi yang terletak di Gunung Kerian, Alor Star, Kedah. Muzium ini memaparkan sejarah penanaman padi di negeri Kedah yang senonim dengan panggilan negeri Jelapang Padi. Di Muzium ini Tuanku Mizan telah dibawa melihat peralatan tradisional menumbuk padi dan pelbagai peralatan yang dipamirkan.
Baginda juga turut menyaksikan demonstrasi penghasilan kertas buatan tangan daripada jerami, mencanting batik, pembuatan seramik dan menitik bedak sejuk. Disamping itu diadakan juga demonstrasi makanan tradisional yang berasaskan beras seperti emping kerabu, kuih karas, kuih peneram, emping nyiur dan kuih putu beras.
Baginda juga telah berkenan mendaki 59 anak tangga untuk ke aras tiga Muzium ini yang merupakan puncak Gunung Keriang dimana baginda boleh melihat pemandangan perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Adiladha. Pada hari Sabtu hingga Khamis iannya dibuka dari jam 09:00hrs hingga 17:00hrs. manakala pada hari Jumaat 09:00hrs hingga 12:30hrs dan 14:30hrs hingga 17:00hrs. Bayaran masuk RM3.00 bagi orang dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak (7-12 tahun) manakala rombongan sekolah pula dikenakan bayaran RM1.00. Turut mengiringi Baginda berdua dalam lawatan ini adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco kerajaan negeri Dato' Hamdan Mohamed Khalib.
Tuanku Nur Zahiran sempat menghabiskan masa bertemu dengan rakyat di jeti Sungai Semeling - gambar dari Bernama.
Manakala Raja Permaisuri Agong telah diiringi oleh Sultanah Kedah untuk melawat Muzium Kayu Bakau,Sungai Merbok yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Baginda telah dihidangkan dengan tayangan video mengenai kayu bakau yang banyak terdapat di sekitar Sungai Merbuk. Baginda telah berkenan menyusuri Sungai Merbok hingga ke muaranya untuk merasai dan melihat sendiri keindahan alam semulajadi di sekitar Sungai berkenaan dan melihat projek ternakan ikan dalam sangkar. Kehadiran baginda disambut oleh ramai disepanjang jalan untuk melihat baginda dari dekat. Turut mengiringi baginda berdua adalah isteri Menteri Besar Kedah, Toh Puan Hajah Faekah Hamzah dan Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato' Abdul Rahman Mohamad.
Selepas itu Tuanku Nur Zahirah dan Tuanku Sultanah Hajah Haminah serta rombongan telah berangkat ke Gunung Jerai di Gurun untuk majlis santapan tengahari yang diadakan di Jerai Hill Resort.
No comments:
Post a Comment