21.05.2011, Sabtu - malam tadi ada problem hendak buang air kecil pula. Start jam 20:00hrs Syah rasa macam lain bila buang air kecil. Jam 22:00hrs tak silap Syah mula rasa sakit apabila kencing. Bukan sakit yang menjalar macam biasa tu tetapi sakit kat saluran kencing berhampiran hujung penis Syah. Macam mana nak terangkannya yer? Rasa macam pedih atau luka tetapi sekejap jer masa air kencing tu mengalir. Hampir jam 00:00hrs sakit tu macam berkurangan sedikit. Sebelum tidur Syah Solat Hajat supaya penyakit Syah disembuhkan.
Jam 03:00rs Syah terjaga dan ke toilet untuk buang air kecil dan rasa sakit macam malam tadi tu tak ada lagi. Sebelum bangun Syah macam bermimpi, nampak macam ada satu benda macam sampah berlonggok dan macam ada saluran dikiri dan kanan dan banyak semut menuju kearah sampah/objek tu melalui saluran tadi. Dalam hati Syah kata bisa nie dan macam ada lipan tapi sebenarny tak ada lipan. Syah kata nanti nak spry semut tu dan nak cari spry. Terus Syah terbangun.
Pagi nie Syah bangun jam 06:00hrs dan Syah buang air kecil/besar dan tak rasa sakit tu lagi. Shukur Alhamdulillah cuma peha Syah kadangkala rasa nilu dan bahagian kiri ari-ari Syah rasa sakit sedikit jer bila tertekan - kadangkala jer. Tempat buang air besar Syah ada masanya rasa macam sakit - pedih. Rasa tu sekejap jer dan tak perlu dirisaukan. Bahu dan tengkuk Syah rasa sakit sejak kebelakangan nie macam orang tersalah ridur. Tapi rasanya, tak ada pula Syah salah tidur.
Kedua-dua tangan Syah iaitu dibahagian sendi hujung jari Syah rasa sakit bila Syah bengkokkan. Sakit sendi-sendi tu dan ada masannya tangan Syah rasa lemah hingga hendak pegang pen pun tak boleh. Rasa nilu dan tak boleh pegang pen tu dengan betul. Benda nie jadi selepas Syah makan suppliment untuk lutut tu. Maksud Syah sendi hujung jari yang rasa sakit bila dibengkokkan tu tetapi rasa tak boleh pegang objek tu pernah jadi sebelum nie. Tapi tak tahulah apa kaitannya.
Lutut syah ada masa nya berdenyut sakit tetapi overall kira hampir pulih. Ada masa-masanya bila duduk dan ada pergerakan rasa sakit sedikit. Sakit sikit sangat dan tak perlu dirrisaukan.
Sebentar tadi jam 07:40hrs Ayahanda Syah call tanya khabar dan Syah inform dia pasal sakit Syah. Mengenai badan yang sakit tu, Ayahanda kata mungkin disebabkan fisioterapi yang Syah buat. Ayahanda nasihatkan agar Syah jangan lupa amil ubat. Doakan agar Syah sihat yer semua dan Syah juga mendoakan agar kalian deberi kesihatan yang baik. AMIN.
No comments:
Post a Comment