Tuesday, May 31, 2011

Pagi Selasa

Inilah dia Working Station Syah di Menara TM - Sekali Pandang Hendsome Gak Yek Orang Dalam Gambar Itew ........ heheheheh.


31.05.2011, Selasa - Salam kepada semua pembaca yang beragama Islam dan Selamat Pagi kepada semua. Apa khabar pagi nie dan Syah harap anda semua bersemangat untuk memulakan tugasan yang diberi hari ini. Today Syah dari KL Residence dan sakit perut Syah sudah tidak sakit cuma ada masa-masanya berbunyi sedikit. Hari nie Syah bangun jam 06:30hrs walaupun dah kunci alam jam 06:00hrs. Biasalah kalau di KL lambat sedikit tak apa sempat sampai office sebelum jam 08:30hrs. Kami bertolak dari KL Residence jam 07:30hrs. Pagi nie Syah buat style rambut terpacak kerana Isnin dan minggu lepas Syah buat style rambut macam Hazama tu. Saja buat kelainan dan ikut mood. Kalau ada masa buatlah rambut terpack tu kalau tak sempat belah tepi jer, habis cerita kan?.

Macam biasa Cd hantar Muss sampai ke office Muss di Jalan Semarak dan dropkan Syah di LRT Wangsa Maju. Dari Wangsa Maju Syah terus ke Stesyen Kerinchi sambil melayan lagu-lagu dihandphone Syah. Mula-mula berdiri tetapi apabila sampai Masjid Jamek ada tempat kosong dan Syah duduk. Syah sampai office hari nie jam 08:15hrs. By the way baju kotak-kotak nie Cd yang punya Syah pinjam kerana baju yang Syah bawa dari Rawang Residence tak gosok lagi. Actually semua baju-baju Syah dah bawa ke Rawang Residence masa renovation hari tue dan tak bawa-bawa lagi ke KL Residence. Cd kata pakai jer lagipun baju tue dia dah ketat sedikit jer. Heheheheh........ Ok lah Syah hendak sambung kerja dan sebentar lagi hendak ke TM Annexe kerana nak jumpa Kak Salamah mengenai dokumen Akru yang Syah hendak tukar kerana ada kesilapan sedikit. Ok sehingga berjumpa lagi di lain Entry......................


Update : jam 09:15hrs tadi Syah call Kak Salamah dan dia inform dah tukarkan Journal Syah based on my e-mail to her yesterday. Katannya scan jer invoice berkenaan dan tak payah hantar hard copy kerana dia kesian kat Syah nanti jalan jauh katannya........... Terima Kasih Kak Salamah.

No comments: