Friday, May 20, 2011

Raja Noor Jan Tetap Pertahankan Kedudukan Beliau Sebagai Pewaris Kesultanan Melaka dan Perak

20.05.2011, Jumaat - Bertindak daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam, hai ini Raja Noor Jan Shah Raja Tuah tetap mempertahankan kedudukan beliau sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak dari keturunan Raja Alang Abdul Rahman yang merupakan putera kepada Almarhum Sultan Perak ke-22, Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah I atau Marhum Iti Kadullah @ marhum Durian Sebatang. Kenyataan berkenaan dibuat oleh Raja Noor Jan kepada Bernama.

Beliau memberikan contoh buku 'Tempat-Tempat Bersejarah Perak" terbitan Jabatan Muzium pada 1981 oleh N.A.Halim. Dalam buku berkenan menyatakan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851. Dalam mukasurat 55 ada dicatatkan Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Shaarifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda bernama Raja Loh (Sultan Yusoff Shariffuddin Muzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.

Menurut Raja Nur Jan, terdapat kesilapan fakta dalam buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang anak bergelar Pandak. Menurut Raja Noor Jan, beliau bukannya hendak menegakkan benang basah tetapi menyatakan fakta seperti yang tercatat dalam salasilah Kesultanan Perak.

Entry Syah berhubung kenyataan PWKNP semalam :-

No comments: