09.05.2011, Isnin - Hari ini Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail telah berkenaan menghadiri majlis konvokesyen ke-5 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Ulu Pauh, Kangar, Perlis. Seramai 1,503 graduan menerima diploma dan sijil masing-masing pada majlis ini. Turut mengiringi baginda adalah Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid dan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu.
Dalam Titahnya, baginda mahukan para graduan menyemarakkan kegiatan sukarela bagi menghindarkan diri mereka terjebak dalam gegala sosial yang tidak sihat disamping membina ketahanan diri dari ancaman budaya yang akan meruntuhkan ketemadunan bangsa dan negara. Tambah baginda lagi, institusi pengajian tinggi harus menjadi wadah bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, berhemah tinggi serta mempunyai kesedaran dan tanggungjawab kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment