Arip Sedang Lena Tidur Dalam Bas
19.05.2011, Khamis - Pagi nie dari Rawang Residence. Macam biasa jam 06:20hrs Syah sudah keluar rumah untuk tunggu bas tepi jalan. Tengok rumah Azrin gelap jer dan dalam hati Syah kata mana si Arip yang hendak buat pratikum di KL Sentral. Bila bas sampai Syah naik dan bila bas berhenti untuk ambil passanger seterusnya baru Syah nampak Arip. Rupa-rupanya dia kata dia tunggu di bas stop. Arip tanya pasal naik bas ke KL dan kebetulan Syah hendak ke TM Training Center di Jalan Semarak dan Syah ajak dia naik bas sekali. Sepatutnya Syah turun di Chow Kit Road tetapi disebab kan hendak tunjukkan dia jalan Syah turun di Jalan Tuanku Abdul Rahaman (TAR) berhampiran Gedung SSF. Dalam bas Arip lina tidur sebab katannya mengantuk kat Syah tadi. Dari Jalan TAR Syah tunjukkan dia jalan menuju ke Stesyen LRT Masjid Jamek. Sampai Masjid Jamek dia kat ok dan macam nak lintas jalan dan Syah kata hendak ke mana dia kata hendak ambil LRT Putra di CM. Syah inform dia Kat Masjid Jamek nie ada Stesyen Putra juga selain Star. Hehehehhe dia tak perasan katannya kat Syah. Masuk stesyen jer, train dia datang dan dia terus masuk manakala Syah meneruskan perjalanan ke Stesyen Damai. Muss @ Balai Felda
Dari Stesyen Damai Syah jalan kaki ke Jalan Semarak. Nak tunggu bas lambat dan teksi mahal pula. On the way ke TM Training Center (TTC) Syah singgah sebentar ke Balai Felda sebab nak jumpa Muss untuk ambil charger notebook Syah. Lepas salam Mus, kami sembang sekejap dan Syah meneruskan perjalanan ke TMTC. Sampai TMTC Syah jumpa Kak Jariah untuk serahkan dia Petty Cash Claim. Sempat sembang dengan anggota Assessment Center dan lepas tu Syah balik office. Dari TMTC Syah jalan kaki ke LRT Ampang Park. Sampai Ampang Park rehat sekejap sebab penat dan cuaca panas. Dari Ampang Park naik LRT ke KLCC untuk survey barang-barang souvenir untuk malam TM Award Nite pada bulan Jun nanti, kena donate enam hadiah yang bernilai RM300.00 setiap barang. Dari KLCC Syah balik semula ke office.
Dalam bas tadi Arip inform Syah, semalam ada bangla curi dompet dia dalam komuter. Passanger lain maklumkan dan bangla tu buat tak tahu jer bila Arip tanya dan Arip tolak dia kedinding komuter baru dia buka bengnya dan memang dompet Arip ada dalam beg tu. Siap ada handphone yang dia curi daripada seorang penumpang perempuan lagi. Tapi mereka tak buat report. Macam-macam hal depa nie, dah lah datang negara orang untuk cari rezeki, janganlah kurang ajar sampai nak mencuri pula. Satu hal lagi dalam bas tadi geli lak Syah dengan Mamat sebelah Syah yang mula-mula korek gigi dan lepas tu korek hidungnya beberapa kali, lepas tu siap cium tangan yang dia korek hidung tu. Eeeeeeeeeee macm-macam hal dalam bas nie kan? Hanya orang-orang naik public transport jer akan rasai pengalaman seperti ini.
No comments:
Post a Comment