29.05.2011, Ahad - Dah lama Syah tak lepak-lepak diluar dengan kawan-kawan dan last hari tu masa Pameran Buku di PWTC dengan Tunku Shah. Malam Khamis hari tu kawan Syah, Hafiz sms hendak lepak-lepak dengan Syah hari pada hari Sabtu dan Syah tanya dia hendak datang KL atau Rawang dan dia kata Kuala Lumpur. Hafiz ni Johorean dan baru dapat kerja di Kelang setelah enam bulan berehat sepuas-puasnya setelah menamatkan studynya di Multimedia University.
Sebelum masuk panggung beli set Pop Corn dan Jajan
Syah bertolak dari Rawang Resdience selepas Zohor dan janji berjumpa dengan Hafiz di Time Square. Syah sampai TS hampir jam 16:00hrs dan Hafiz belum sampai lagi dan Syah sms dia yang Syah tunggu di panggung wayang kerana kami hendak menonton wayang hari nie. Sebenarnya Hafiz dah tempah dan bayar ticket tu online dan hanya collect ticket jer. Hafiz ada tanya samada hendak tengok cereta pirates, nur kasih atau karak. Syah inform dia pilih samada pirates atau karak. Kami menonton karak kerana pirates dah full. Last menonton wayang dengan Muss cerita Merong Mahawangsa di KLCC.
Sementara menunggu masuk panggung jam 17:30hrs kami pusing-pusing TS dan sempat tengok tempat mainan macam taman tema kat genting tu. Hafiz nampak happy jer tengok benda tu dan ajak Syah masuk satu hari nanti katanya, tetapi Syah kata Syah takut naik benda-benda tu sebab pernah cuba di Genting dulu dengan anak-anak saudara Syah. Takut!!!!!!!!............ hehehehehe. Hafiz nampak happy sebab katanya tempat kerja barunya di kawasan pelabuhan dan tempat tinggalnya di Pulau Indah, Klang tu memang tak ada tempat hiburan. Walau bagaimanapun dia minat dengan kerja dia sebagai Planner tak silap Syah di Pelabuhan tu dan katannya jika sudah ada pengalaman, dia akan berpeluang untuk bertugas di pelabuhan-pelabuhan lain diluar negara dengan pendapatan yang lumayan.
Actually Hafiz tak berapa sihat hari nie, cuaca tak menentu sekarang nie banyak orang jadi tak sihat. Syah selalu rasa bibir kering walaupun banyak minum.
Syah nasihatkan dia jangan fikirkan pasal tempat yang terpencil dan tak ada hiburan, kena kata suka juga pada diri sendiri kerana iannya akan memberi kesan terhadap tugas kita nanti. Syah inform dia jika hendak melakukan sesuatu kena bagitau diri sindiri aku boleh buat kerana jika benda yang kecilpun kalau kita kata tak boleh pada diri kita maka tak akan jadi benda tu sebaliknya jika sesuatu yang sukar untuk dilakukan dan kita kata pada diri kita yang kita boleh maka benda tu akan jadi mudah. Hafiz nie minat dengan kerjaya pertama dia nie cuma tempat tu jer yang dia tak selesa. Hafiz sabar yek? lama-lama nanti get usedlah dengan tempat baru tu. Bila cuti bolelah jumpa kawan-kawan untuk hapy-hapy dan rumah Syah sentiasa terbuka untuk Hafiz.Lepas habis menonton kami cari tempat makan. Tak tahu nak makan kat mana coz Syah tak biasa sangat dengan area Bukit Bintang nie. So dapat idea nak makan di Pavillion atau Kedai Kak Ara. Dari TS kami jalan kaki ke kedai Kak Ara dan nampak tutup dan tak tahulah ada lagi ker atau tidak kedai tue lagi. Kami teruskan perjalanan ke Pavi. Di Pavi Syah belanja Hafiz makan dan wayang tadi Hafiz yang belanja. Kami makan Food Republic, Syah makan Black Paper Chicken dan Hafiz Spaghetti with Fish Fillet manakala minuman pula Fresh Orange and Apple with Bubble.
Lepas makan ronda-ronda Pavi sekejap sebelum kami bertolak ke Monorail Bukit Bintang. Hafiz turun di Stesyen Hang Tuah sebab hendak ke Bandar Permaisuri manakala Syah pula turun di Brickfield kerana hendak KL Sentral. Dari KL Sentral Syah naik LRT ke Melati balik ke KL Residence. Syah sampai hampir jam 22:45hrs. Letih tetapi happy sebab lama tak pergi tempat-tempat macma tu sebelum nie nak gi sorang-sorang malas lak. Thanx Hafiz ...........................
No comments:
Post a Comment