Thursday, May 12, 2011

Pro Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas Dianugerahkan Tokoh Melayu Terbilang Umno

Prof Dr Syed Menerima Anugerah dari PM - Gambar dari Bernama

12.05.2011, Khamis - Semalam 11.05.2011, Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas telah diaugerahkan Tokoh Melayu Terbilang Umno dalam satu majlis yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra. Anugerah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Prof Dr Syed merupakan Pengasas dan Pengarah Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC). Beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana (Cemerlang) dalam bidang Falsafah Islam di Universiti Mc Gill, Kanada pada 1962 dan telah menyumbang dalam bidang keagamaan, bahasa, budaya, kesusasteraan dan mempertingkatkan tahap nasionalisme di Malaysia. Karya-karya beliau dijadikan bahan rujuk dan kajian oleh mahasiswa dan cendekiawan Islam seluruh dunia. Kira-kira 3000 pemimpin dan anggota Umno dari seluruh negara menghadiri majlis ini.

No comments: