Monday, May 23, 2011

Pagi Isnin dan Kerenah Dalam Komuter


3.05.2011, Isnin – Pagi tadi Syah bangun jam 05:00hrs macam biasa. Sudah lama Syah tak puasa sunat Isnin dan Khamis dan hari nie rasa sihat dan Syah terus makan supplement untuk lutut dahulu dan kemudiannya buat Horlic Panas Campur Oat sebagai sahur kerana tak rasa nak makan benda lain. Lagipun yang ada dalam peti sejuk hanya green apple dan biskut.

Syah keluar rumah jam 06:20hrs dan on the way nampak Arip baru nak buka pintu rumah. Depan rumah Syah nampak ada kereta proton iswara warna putih tak silap Syah. Masa tunggu bas Syah ambil passcard Syah dan didapati passcard dan touch & go tak ada mesti terkeluar masa Syah buka passcard tadi samada didalam rumah atau depan rumah. Gerak hati nak pergi juga walaupun bas akan tiba bila-bila masa jer lagi.On the way balik ke rumah rupa-rupannya Arip naik kereta putih tu dan Syah nampak dia lalu depa rumah Syah. Tak tahu kereta siapa.

Sampai jer depan rumah Syah nampak passcard dan touch & go Syah bertabur atas jalan dekat rumah jiran Syah. Agaknya terjatuh masa Syah tutupkan tong sampah dia tadi. Rumah tu kosong kerana dia pindah ke Singapura dan tak ada penyewa baru lagi, last tenant dah keluar kerana katannya rumah tu banyak anai-anai dan habis perabutnya dan bila disuruh service owner tak mahu. Orang kutip sampah selalu buka tong sampah dia dan biasalah tak tutup balik sebab tu Syah selalu tutupkan kerana jika terbuka orang boleh masuk kerumah dia melalui tong sampah tu.

Hari nie Syah naik Komuter jam 07:15hrs dan sampai office jam 08:20hrs. Dalam train tadi ada perempuan tidur disebelah Syah dan selamba jer macam mengangkang dan tak kisahkan orang. Disebelah Syah pula ada seorang perempuan dengan mini skirt nya berdiri dicelah kelangkang passanger lelaki sebelah Syah. Syah heranlah dia orang nie, kalau cara yang mereka lakukan tu tak sesuai di gerabak unisex, kan kerajaan dan KTM dah sediakan coach wanita nape tak naik jer coach tu. Kalau bergesel diantara wanita kira oklah sikit nie lelaki dan silap-silap nanti lelaki juga yang dipersalahkan.

Hari nie busy sedikit sebab Syah hendak input perbelanjaan petty cash dalam SAP System dan kemudiannya buat Direct AP untuk tuntutan semula panjar wang runcit berkenaan. Syah perlu hantar hari ni juga before 17:00hrs kerana today is a due date for direct AP and direct invoice submission to PCKV (account department) atau senang cakap account closing. Ok sehingga berjumpa lagi dilain entry.

No comments: