20.05.2011, Jumaat - Hari nie busy macam lipas kudung coz ada masalah mengenai pengeluaran Cheque. Actually dokumen tu diproses oleh colleague Syah, Kak Rose tetapi My Boss minta Syah buat follow-up. Cek tu kami hendak hari ini tetapi bila buat semakan dibahagian Global Cash Management cek yang berjumlah lebih RM600,000.00 tu tak ada dalam rekod mereka. Bila disemak dengan pihak Account Payble memang mereka tak proses lagi. Alamak masalah nie coz Our Big Boss En Moin macam marah jer.......... Alasan mereka staffnya cuti 3 hari dan tak proses walhal dah letak tag URGENT.
Macam mana depa nie buat kerja. Lepas tu mereka tanya mengenai approval untuk payment tu samada bahagian undang-undang sudah maklum atau tidak. Terus Syah bagi mereka cakap dengan my Boss, Dik Nor. Dahlah lambat lain pula yang dimintannya, mengapa masa terima dokumen dari pihak kami tempohari tak buat query. Coverline lah tu. Sebentar tadi jam 11:56 ada e-mail dari bahagian Cash Global Management inform Cek akan siap pada hari Isnin selepas jam 11:00hrs. Bolehpun ..................... By the way kalau tak ada masalah bukanlah kerja namanya kan? Kadangkala perkara sebegini memberikan kita pengalaman untuk menguruskannya jika berlaku lagi dimasa hadapan.
Masalah lain pula ada vendor tanya bayaran tak terima. Dia serahkan Invoice kepada usser dan usser tak serahkan kepada Syah Invoice berkenaan. Manalah Syah nak proses. Setelah dibuat semakan Invoice berkenaan tak boleh diprosespun kerana vendor terpaksa menyerahkan dua invoice kepada TM. Pertama Invoice Manual kepada Syah dan kedua E-Invoicing kepada pihak akaun kerana mereka SUS Vendor. Sekarang semua vendor yang didaftarkan sebagai SUS Vendor terpaksa menghantar Invoice mereka melalui E-Invoicing System. SUS tu stand for Supplier Self service.
Satu lagi masalah pagi nie mengenai vendor yang hendak datang betulkan kunci drawer kakitangan. Syah dah buat appointment dan dia datang semalam dan katannya hari nie sebelum jam 12:00hrs dia datang. Syah call tetapi katanya hari Isnin boleh, angin Syah dibuatnya dan Syah ingatkan yang dia janji hari ini. Dia kata ok dan letak telefon. Bila dia datang tadi, rupannya yang datang semalam dan hari nie pekerjannya dan no tu boss dia. Patutlah ada salah faham antara Syah dan orang yang Syah bercakap ditelefon tu. Akhirnya dipasang juga kunci tu sebelum jam 12:00hrs.
Petang nie pula Syah ada sessi terapi untuk lutut Syah. Isnin pula last day document submission untuk Invoice dan Direct AP bagi account closing for the month of May 2011. Syah kena siapkan juga Petty Cash claim dan input dalam sistem Isnin nie dan hantar dokumen tu ker PCKV sebelum jam 17:00hrs. Syah inform Dik Nor petang nie ada terapi dan siap tanya dia lagi Isnin ada tak dan dia kata ada. Buka apa kalau dia tak ada susah sebab tandatangan orang lain tak laku untuk dokumen itew.
Pagi tadi Syah keluar rumah macam biasa dan nampak lampu bilik Arip menyala. Hampir jam 06:30hrs Arip call inform yang Azrin hantar dia ke Bandar Rawang sebab dah lambat siap kerana sakit perut. Syah kata bas dah sampai dan Syah naik bas jer dan tak ikut mereka. Masa bas berpatah untuk keluar ke pekan Rawang Syah tak nampak kereta Azrin, means dah bertolaklah tu. Masa sampai KTM tak nampak Arip sebab masuk jer stesyenKTM, Komuterpun sampai dan cepat-cepat Syah masuk dan dapatlah duduk sampai KL. Tak pasti samada Arip naik bas atau komuter pagi nie. Shukur alhamdulillah sampai office jam 08:05hrs.
Sampai office singgah food court beli meehon goreng tetapi bila dah beli nampak pula lontong, terliur lak coz semalam makan lontong kat TMTC tapi tak sedap. Syah balik office dan turun semula ke food court untuk makan lontong campur begedil dan barli panas. Lontong tu RM4.00 dan air RM1.50. Meehon tu Syah akan makan selepas Solat Jumaat sebelum buat terapi nanti. Ok jumpa lagi dilain Entry...............
No comments:
Post a Comment