Dihadapan ini adalah pusara Seniwati Allahyarhamah Mahyun Ismail dan disebelahnya adalah pusara Allahyarham Suaminya.
22.05.2011, Ahad - Malam tadi lagi terlintas difikiran Syah untuk melawat pusara seniwati Allahyarhamah Mahyun Ismail di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak. Kawasan tanah perkuburan tu tak jauh dari KL Residence Syah. Jalan kaki 10 minit sampai kot. Syah selalu jogging dulu diarea nie. Semalam tak sempat pergi kerana Syah dapat tahu mengenai kematian Allahyarhamah agak lewat dan semasa dikebumikan Syah berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Pagi tadi lebihkurang jam 08:00hrs dan Syah baru sampai guard room di KL Residence hari sudah mula hendak hujan. Syah patah balik nak cari payung tetapi tak jumpa. Kebetulan Muss keluar bilik dan Syah tanya mana payung dan katannya dalam kereta. Dia tanya hendak kemana dan Syah kata Kubur. Muss kata hujan tetapi Syah inform dia yang Syah ada niat nak pergi dan Syah pergi jer lah. Muss kata ok. Hujan lebat gila dan Syah tukar seluar pendek tetapi taklah pendek sangat paras bawah lutut.
Sebelum keluar Syah inform Muss lepas tu hendak ke Pasar Tani dan tanya dia hendak makan apa sebab Syah hendak bungkuskan. Sampai jer tanah perkuburan, hujan mula reda. Syah sempat tanya orang ditanah perkuburan mana kubur Mahayun Ismail tapi macam mereka tak tahu. Syah tanya sebab tiada tanda kubur baru dikawasan yang sepatutnya jenazah baru dikebumikan.
Baru Syah teringat yang Allahyarhamah dikebumikan bersebelahan Allahyarham suaminya. patulah tak ada dikawasan baru tu yang sepatutnya jenazah-jenazah baru ditempatkan. Abang yang Syah tanya tu tak tahu kat mana kubur tu tetapi dia sempat inform Syah dah rezeki dia dapat sebelah suaminya, katanya pada Syah. Syah pusing satu tanah perkuburan dan cari tanda-tanda kubur baru tapi tak jumpa. Walau bagaimanapun Syah ada nampak macam khemah dan terus Syah tuju kerana biasanya sesetengah kawasan di KL, khemah diletakkan di kawasan kubur yang jenazahnya baru disempurnakan.
Tekaan Syah tepat sekali sebab ada kubur baru dan disebelahnya ada kubur lelaki dan bila Syah baca nesannya ditanda sebagai Allahyarham Hussein Abu Hassan. Sah di sebelahnya kubur yang Syah cari tu. Syah sempat sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah dan Allahyarham serta ahli-ahli kubur yang lain. Kubur Allahyarham Hussein Abu Hassan berada di Lot 9932 manakala Allahyarhamah Mahyun Ismail di Lot 7978. Walaupun nombornya berbeza tetapi iannya betul-betul bersebelahan Lot 9932. Tak tahu mengapa tetapi mungkin itu pernomboran yang dibuat oleh AJK Tanah Perkuburan berkenaan. Memang rezeki Allahyarhamah kerana hanya ada satu kekosongan sahaja disebelah pusara Allahyarham Hussein Abu Hassan.
Al-Fatihah kepada Seniman Allahyarham Hussien Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyun Ismail Semuga Roh Keduannya Ditempatkan Bersama-sama Orang Yang Beramal Solleh. AMIN. Kepada keluarga Allahyarhamah Mahayun Ismail, Takziah diucapkan semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.
No comments:
Post a Comment