Monday, May 30, 2011

Hishamuddin Arahkan Siasatan Status Kewarganegaraan Sultan Sulu

30.05.2011, Isnin - Semalam 29.05.2011 Bernama melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang berada di Kota Kinabalu, Sabah atas tugas rasmi telah mengarahkan Polis Sabah untuk menyiasat kewarganegaraan seorang individu bernama Datu Mohamad Akjan Datu Ali Muhamad yang mengistiharkan diri beliau sebagai Sultan Sulu yang baru pada Februari lepas. Menurut Datuk Seri, jika individu berkenaan didapati melanggar undang-undang iannya akan berhadapan dengan tindakan mengikut peruntukan undang-undang Malaysia. Sehubungan dengan itu kementeriannya telah memberikan kuasa kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib dengan dibantu oleh pegawai dari Bukit Aman untuk melaksanakan siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain daripada itu para pemimpin pari kompenan Barisan Nasional (BN) seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta pembangkang mahukan agar kewargnegaraan Datu Mohamad Akjan dilucutkan kerana mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu. Bagi mereka mengangkat sumpah setia terhadap kuasa asing merupakan tindakan tidak setia atau penderhakaan besar dan salah disisi undang-undang. Status dan identiti sebenar Datu Mohamad Akjan harus disahkan samada warga negara Malaysia atau warga Filipina yang datang ke Sabah sebagai pelarian merupakan isu yang menyentuh kepentingan awam.

Datu Mohamad Akjan telah diisytiharkan sebagai Sultan Sulu ke-33 dan merupakan keturunan langsung Sultan Sulu, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Saiful Hisham I. Pengisytiharan dilakukan dirumah Datu Mohamad Akjan dalam satu upacara tertutup dirumah beliau di kampung likas dan telah dihadiri oleh seramai 60 orang termasuklan pengikutnya dari Wilayah Sulu.

No comments: