Wednesday, May 25, 2011

Queen Elizabeth Meneriam Tetamu Negara

Pasangan Penganti Diraja Duke dan Duchess of Cambridge beramah mesra dengan Presiden Obama dan Mrs. Obama.

25.05.2011, Rabu - Tahukan anda bahawa hanya Presiden Barack Obama dan George W. Bush merupakan Presiden Amerika Syarikat yang pernah dijemput untuk mengadakan lawatan rasmi negara ke Britain. Barack Obama yang dalam rangka lawatan rasmi negara selama dua hari ke Britain telah disambut dengan 41 das tembakan meriam di Buckingham Palace semalam. Mengikut laman sesawang rasmi British Monarchy, Lawatan rasmi ke United Kingdom oleh semua ketua-ketua negara didunia adalah untuk mengeratkan lagi perhubungan diantara Britain dan negara-negara berkenaan.

Kebiasaannya akan diadakan dua Lawatan Rasmi Negara setiap tahun dan undangan ini adalah atas nasihat British government Foreign and Commonwealth Office. Baginda Queen Elizabeth akan menjadi tuan rumah bagi lawatan ketua negara ini dan mereka akan ditempatkan samada di Buckingham Palace, Windsor Castle atau kadangkala di Palace of Holyroodhouse di Edinburgh. Lawatan rasmi biasanya dimulakan dengan Istiadat Sambutan oleh Baginda Queen dan kerabat-kerabat diraja yang kanan dengan tetamu negara melakukan istiadat pemeriksaan barisan pasukan berkuda. Kemudiannya tetamu negara berkenaan akan dibawa berarak dengan pedati khas ke Buckinghan Palace.Baginda Queen Elizebth II bersama Presiden Obama dan Pasangan Masing-Masing sebelum menghadiri Majlis Jamuan Santapan Negara di Buckingham Palace pada 24.05.2011.

Pada sebelah malam ketibaan tetamu negara, mereka akan diraikan dalam Majlis Jamuan Santapan Negara sebagai tanda penghormatan kepada mereka. Sebelum mengakhiri lawatan kadangkala tetamu negara pula akan menganjurkan majlis jamuan makan malam atau lain-lain layanan balas kepada tuan rumah sebagai tanda penghargaan.

Semasa lawatan negara ini juga, mereka akan ditemukan dengan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet dan Ketua-Ketua parti politik utama dalam majlis khas yang diadakan. Mereka juga akan menghadiri majlis yang dihoskan oleh datuk bandar London dan ketua-ketua perdagangan dan industri Britain.

No comments: