Tuesday, May 10, 2011

Duke and Duchess of Cambridge Berbulan Madu Ke Seychelles

Seychelles Island Mendapat Jolokan Syurga Dunia Tropika

11.05.2011, Rabu - Istana St James dalam kenyatannya semalam memaklumkan pasangan Duke and Duchess of Cambridge telah pergi berbulan madu. Walau bagaimanapun lokasi bulan madu tersebut dirahsiakan dari pengatahuan umum. Walau bagaimanapun The Mirror melaporkan pasangan ini berbulan madu ke Seychelles yang terletak di tengah Lautan Hindi. . Pasangan ini dilaporkan pernah bercuti disana selama seminggu pada 2007.

Dilaporkan bahawa bahawa pasangan tersebut berlepas dengan jet peribadi melalui Pulau Anglesy untuk ke Seychelles. Mereka dikatakan menuju kesalah sebuah pulau terpencil di Seychelles menggunakan helikopter dan menetap disebuah villa. Kos percutian seperti ini dianggarkan bernilai 6000 pound semalam dan pulaunya pula boleh disewa dengan kadar 10,000 pound sehari.

Pasangan ini sebenarnya ingin berbulan madu bersendirian tanpa gangguan selepas menjadi tumpuan ramai sempena perkahwinan gilang gemilang mereka pada 29.04.2011 lepas yang disaksikan oleh 1900 tetamu khas di Westminister Abbey, lebih kurang satu juta penduduk yang beratur di sepanjang jalan di Kota London dan dua billion penonton melalui siaran secara langsung TV diseluruh dunia.

Istana St James memaklumkan bahawa pasangan pengantin diraja mahukan hak-hak peribadi mereka dihormati sepanjang bulan madu mereka. Pihak Istana juga memberi amaran akan mengambil tindakan kepada media jika mereka menggangu bulan madu pasangan pengantin diraja ini.

Prince William, Duke of Cambridge telah mengambil cuti selama dua minggu dari tugas-tugas beliau sebagai juruterbang helikopter pencari dan penyelamat Tentera Udara Diraja Britain yang berpengkalan di Pulau Anglesey, Wales.

No comments: