25.05.2011, Rabu - Pagi nie pergi kerja saing dengan Arip walau bagaimanapun Arip tak dapat duduk dalam train sampai KL Sentral, sian dia. Dari KL Sentral Syah turun di Bangsar untuk hantar hadiah yang Syah beli semalam ke Menara Mutiara Bangsar. Tanya-tanya orang akhirnya jumpa juga bangunan tue. Actually hadiah tu Azrin hantar malam tadi dan katannya dia yang bungkus kerana Arip letih tertidur. Actually Syah yang minta Arip bungkuskan kerana dia kata dia suka bungkus hadiah. We all makan di area Garing malam tadi.
Sebelum ke Menara Mutiara Bangsar Syah singgah kedai mamak untuk minum dan makan ubat tetapi Syah tengok kedai tu ada gambar tokong dan Syah bukan kedai Mamak lalu Syah jalan terus untuk ke Mutiara Bangsar. Terjumpa seorang Indian Guy dan tanya arah ke Mutiara Bangsar, Very nice guy dan membantu tak sombong. Syah singgah ke restoran melayu dan minta Barli Panas kurang manis dan Mineral water. Syah makan supplement lutut dulu. Baru gerak ke Mutiara Bangsar dan serahkan barang-barang tu kepada Erlina di Telekom Sales and Services Sdn Bhd.
Dari Bangsar Syah jalan kaki ke LRT Abdullah Hukum untuk naik LRT dan turun di Stesyen Kerinchi untuk ke Menara TM. Sampai Menara TM Syah singgah Food Court diaras 3 dan makan lontong campur begedil dan minum sekali lagi Barlic Panas Kosong. Hari nie Pak Cik yang terkenal letak-letak harga tu caj Syah RM3.00, beberapa hari lepas dia caj RM4.00. Syah minum banyak air Barli kerana pagi tadi Syah rasa sakit bila nak buang air kecil dan sekarang tak sakit dah. Tu Syah minum barli untuk lawaskan buang air kecil kata orang tua-tualah.
1 comment:
sorry...nak tnya...kalau nk ke Menara Telekom Malaysia (TM) naik LRT memang turun kat Kerinchi eh?? confusing sket sbb ada yang ckp turun kt abdullah hukum...ada yg cakap kt tmn Universiti...so sy tak taw yg mana satu direction yg betul...boleh tak tolong sy? kalo awak tak kesah la...thanks~
Post a Comment