
Beliau juga mempunyai kad keahlian berstatus ahli kehormat VIP Persatuan Keluarga Bekas Polis dan Tentera (POLTERA). Turut ditunjukkan kepada anggota polis adalah business card YM Tengku Jaril Ibni Al-Marhum Y.A.M. Tan Sri Tengku Sulaiman, Kerabat Diraja Negeri Sembilan Darul Khusus merangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Minang Kabau Negeri Sembilan D.K.
Siasatan awal pihak polis mendapati premis ini beroperasi sejak tiga bulan lepas atas tiket rumah urut disamping menawarkan khidmat sex. Dalam serbuan ini pihak polis terpaksa memecahkan pintu utama untuk memasuki rumah urut berkenaan dan menahan seramai 14 wanita warga asing termasuk seorang pondan yang berusia diantara 18 - 45 tahun untiuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
No comments:
Post a Comment