31.05.2011, Selasa - Istiadat Permakaman Almarhumah Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah telah berlangsung dengan penuh penghormatan mengikut adat istiadat diraja Selangor sejajar dengan status Almarhumah sebagai Bonda kepada Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Syah hendak berkongsi dengan anda semua beberapa keping gambar yang dikeluarkan oleh bernama semasa Istiadat Permakaman ini.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Mohamad Munir Bani dalam kenyataannya memaklumkan Almahumah Mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri jam 09:00hrs kerana Gering Tua (Sakit Tua). Berikutan kemangkatan ini, Tuanku Sultan Selangor telah menitahkan supaya bendera negeri Selangor dikibarkan separuh tiang pada hari ini sahaja. Tempoh berkabung bagi waris-waris, Orang-Orang Besar Istana dan kerabat-kerabat diraja Selangor adalah selama tujuh hari.



Al-Fatihah kepada Almarhumah Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah Semuga Rohnya DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN
No comments:
Post a Comment