Tuesday, May 17, 2011

Happy Birthday Crown Priscess Maxima

17.05.2011, Selasa - Tarikh 17.05.2011 merupakan hari keputeraan Raja Perlis Indera Kayangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan tarikh yang sama juga merupakan ulangtahun kelahiran HRH Princess Maxima atau HRH Maxima, Princess of the Netherlands. Beliau merupakan isteri kepada HRH Prince Willem-Alexander, Prince of Orange yang merupakan Putera Mahkota dan pewaris tahta kerajaan Belanda.

Princess Maxima menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-40 hari ini. Beliau dilahirkan sebagai Maxima Zorreguieta di Buenos Aires, Argentina pada 17.05.1971 merupakan anak perempuan kepada salah seorang ahli politik Argentina. Pertama kali bertemu dengan suaminya pada April 1999 di Sevilla, Spanyol. Wanita yang mempunyai dua kewarganegaraan ini iaitu Belanda dan Argintina bertunang dengan pewaris tahta Belanda itu pada 30.03.2001 dan berkahwin pada 02.02.2002. Perkahwinin ini telah mendapat restu daripada Parlimen Belanda.

Hasil daripada perkahwinan ini beliau telah dikurniakan dengan tiga orang cahayamata iaitu

Her Royal Highness Princess Catharina-Amalia Beatrix Carmen Victoria diputerikan pada 07.12.2003

Her Royal Highness Princess Alexia Juliana Marcela Laurentien diputerikan pada 26.06.2005

Her Royal Highness Princess Ariane Wilhelmina Máxima Inés diputerikan pada 10.04 2007

No comments: