Saturday, May 14, 2011

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Melawat Kedah

Dari Kiri KDYMM Raja Permaisuri Agong, KDYMM Yang di-Pertuan Agong bersama KDYMM Sultan dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman sebelum memasuki Dewan Santapan Istana Anak Bukit - Gambar dari Bernama.

14.05.2011, Sabtu - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Aagong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan melakukan kunjungan rasmi selama tiga hari ke Negeri Kedah Darul Aman selama tiga hari bermula semalam 13.05.2011 hingga hari Ahad ini bersamaan 15.05.2011. Gambar diatas menunjukkan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah bersama-sama dengan Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun semasa Istiadat Jamuan Negeri yang diadakan di Dewan Santapan Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah semalam.

Kepada rakyat Kedah, Jangan lepaskan peluang ini untuk melihat dari dekat wajah Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang berkunjung ke negeri anda.

No comments: