Dari Kiri - Cd, Kak Lang Ella, Firdaus, Razak dan Isteri Razak Rahimah manaka ditengah tue Muss. Waktu ini kami dikedai langsir.
09.05.2011, Isnin - Maaf semua baru dapat update blog kerana semalam, sehari suntuk Syah berjalan ke Nilai 3 dan Fasa 7, Bangi bersama-sama Muss, Cd, Kak Lang Ella, Firdaus, Haziq dan Nurul. Syah bertolak dari Rawang jam 08:00hrs dan ingatkan hendak naik komuter tetapi last minute decision naik metro bus. Sampai KL turun di area Jalan Tuanku Abdul Rahman dan ambil LRT Star ke Ampang. Muss fatch Syah di Ampang untuk ke rumah Kak Lang Ella. Dari rumah Kak Lang Ella kami semua naik van Nurul ke Nilai 3. On the way ke Nilai 3 kami singgah rumah Razak coz dia hendak ikut sama. Razak dan isterinya Rahimah serta anak mereka Ajim naik kereta mereka sendiri untuk ke Nilai 3.
Dari kiri Razak, anak Razak Ajim, Syah, Cd dan Muss dikedai Karpet.
Sampai Nilai 3 cuaca panas terik dan kami jalan-jalan pusing-pusing. Muss singgah ke kedai langsir dan adalah hampir satu jam lebih pilih kain dan design langsir. Mereka siapkan dalam masa dua jam dan cajRM580.00 dan jam 16:30hrs baru siap. Sementara menunggu langsir siap kami jalan-jalan dan Muss beli dua bidai buluh untuk balcony KL Residence. Kak Lang pula dua tikar, cadar bujang dan kelamin, Razak beli mainan anak, cadar bujang dan kelamin. Muss beli karpet lagi untuk ruang tamu.
Selesai urusan di Nilai 3 kami bertolak ke rumah sepupu Syah yang baru kahwin bulan Mac 2011, Ain di Fasa 7, Bangi kerana dia buat makan-makan. Kebetulan kami di Nilai terus singgah ke rumah Ain. Actually Ain hendak datang ke rumah Kak Lang Ella petang semalam tetapi Kak Lang Ella dan kami hendak ke Nilai dan terus dia buat makan-makan dan ajak adik beradik dia dan kami sekali. Sampai Rumah Kak Lang sudah hampir Maghrib. Sempat ambil buah mangga depan rumah Kak Lang kemudian Syah, Muss dan Cd balik KL Residence. Penat betul dan rasa nak demam pula hari ini dan sampai KL Residence kena kemas lagi kerana rumah berhabuk baru lepas renovation. Syah sempay lap dan bersihkan kerusi three seater jer malam tadi. Malam nanti nak sambung lagi sebab esok cuti.
No comments:
Post a Comment