Sunday, May 15, 2011

Unlawful Killing -Filem Dokumentari Mengenai Kematian Mendiang Princess Diana



Gambar terakhir Dodi dan Diana yang sempat dirakamkan oleh Paparazzi didalam kenderaan mereka beberapa minit sebelum berlakunya kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua pasangan kekasih ini.

15.05.2011, Ahad - Kelmarin, sebuah filem dokumentari bertajuk Unlawful Killing telah ditayangkan dalam Cannes Film Festival (pesta filem Cannes), Perancis. Filem ini berkisar mengenai kematian Princess Diana yang dikatakan sebagai mangsa bunuh pihak berkuasa Britain. Filem ini juga menggambarkan kerabat diraja Britain sebagai samseng yang bersifat perkauman dan suami Queen Elizabeth II, Prince Philips sebagai seorang lelaki yang sakit jiwa dan kaki perempuan.

Filem ini dibiayai oleh Jutawan Al-Fayed dengan kos RM12.2 Juta atau 2.5 Juta Pound. Pengarah filem ini, Keith Allen menafikan filem ini bersifat anti monarki tetapi berpendapat ianya mempersoalkan mengenai kapitalisme. Al-Fayed yang anak lelakinya Dodi, merupakan kekasih Princess Diana telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di Terowong Alma, Perancis bersama puteri berjiwa rakyat itu mempertahankan bahawa anaknya dan Princess Diana telah dibunuh oleh agensi rahsia Britain atas arahan pihak atasan yang bimbang akan hubungan ibu kepada seorang pewaris tahta Britain dengan seorang lelaki beragama Islam.

Mukadimah filem ini dimulakan dengan kebimbangan yang dirasai oleh Princess Diana dan mendedahkan kelemahan siasatan rasmi mengenai kemalangan berkenaan. Kebimbangan Princess Diana dinyatakan melalui surat kepada seorang rakannya dalam tahun 1995. Dalam suranya itu Princess Diana menyatakan "Suami saya merancang satu kemalangan kereta".

Dokumentari ini lebih menimbulkan persoalan daripada jawapan. Sebagai contohnya siapakah yang berada didalam kereta Fiat putih yang menjadi saksi sebelum kemalangan berlaku, adakah Henri Paul yang merupakan pemandu pasngan kekasih itu benar-benar mabuk atau ada individu yang cuba menukar contoh darahnya dan mengapa ambulan mengambil masa yang lama lebih kurang 1 jam 45 minit untuk membawa Princess Diana ke hospital yang jaraknya hanya beberapa batu sahaja dari tempat kejadian.

No comments: