Dikawasan tepi toilet nielah kebanyakannya kami yang turun di Rawang berdiri. Contohnya Kakak berbaju pink tu. nak berdiri kat dalam macam tak selesa jer..............
27.05.2011, Jumaat - Memang selama ini kami yang turun di Stesyen Rawang menggunakan perkhidmatan Shuttle Train KL - Ipoh kerana dari KL Sentral iannya hanya berhenti di Rawang dan mengambil masa approx 45 minit sahaja. Memang cepat dan kami tidak perlu berhimpit dan berdiri lama jika naik komuter yang memakan masa hampit satu jam lebih. Semenjak semalam KTM telah mengurangkan gerabak keretapi dan terpaksalah kami semua berdiri kerana penumpang yang membeli tiket dah booking seat. Dulu memang banyak tempat kosong dan sekarang meemang terhad kerana gerabak sudah dikurangkan.
Dulu ada ura-ura mereka tidak membenarkan penumpang lain naik shuttle ini, tetapi ada complain dari passenger mereka benarkan juga dan Shuttle nie berhenti dibeberapa stesyen sebelum Rawang. Lepas tu KTM tukar jadual train nie hanya berhenti di Rawang dan stesyen terpilih seterusnya. jadi memang kurang orang naik kerana iannya hanya berhenti di Rawang. Sekarang ini mereka kurangkan gerabak pula tak tahu apa motifnya. Cost Saving ? itu alasan lapok tak tahu mengapa atau anda sendiri boleh meneka jawapannya. Apa-apapun keadaan ini tidak akan melemahkan semangat kami untuk naik shuttle nie. Tak kisah berdiri hanya 45 minit sahaja jika dibanndingkan naik komuter jika berdiri lebih daripada 45 minit baru sampai Rawang.
Berdiri pun Berdiri lah. kami tak kesah pun dan bukannya kami minta sedekah naik train tu kami bayar kat KTM apa? kalau tak nak bagi naik cakap jer tak dibenarkan naik tak payah buat helah macam nie. Selagi dibenarkan naik, kami akan naik Shuttle Ipoh-KL nie walaupun hanya ada satu gerabak jer. Boleh...............................
No comments:
Post a Comment