21.05.2011, Sabtu - Al-Fatihah Kepada Senawati Mahyun Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Ismail yang telah meninggal dunia jam 13:00hrs tadi di Hospital Pakar Ampang Puteri. Semoga Roh Allahyarhamah DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beramal Soleh. AMIN.
Allahyarhamah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Ampang Puteri kira-kira jam 23:00hrs malam tadi setelah mengadu sesak nafas ketika berada dirumah lebih kurang jam 22:30hrs. Doktor mengesahkan kandungan gula dalam badan Allahyarhamah terlalu tinggi. Setelah diberi rawatan dan ubat keadaan Allahyarhamah dikatakan stabil seketika sebelum koma dan disahkan meninggal dunia tengahari tadi.
Salah seorang cucu Allahyarhamah, Natrah Yasmin 27 tahun, memaklumkan kepada Bernama bahawa semalam dia dan Allahyarhamah yang dipanggilnya Mak sempat menghabiskan masa bersama membeli belah di pasaraya dan keadaannya begitu sihat sebelum mengadu sesak nafas ketika berada di rumah Allahyarham di Gombak. Natrah tidak menyangka "Mak"nya telah meninggal dunia berdasarkan keadaan Allahyarham sebelum ini yang sihat.
Allahyarhamah yang berusia 69 tahun merupakan Isteri kepada pelakon vetran Hussein Abu Hassan telah meninggalkan tiga orang anak dan empat cucu iaitu pelakon Faizal Hussin, penulis skrip drama Dilla dan penyanyi R&B Fairuz. Jenazah dikebumikan bersebelah pusara suaminya di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak selepas solat Asar tadi iaitu berhampiran KL Residence Syah. Dulu masa Faizal Husin mula-mula berkahwin, Isterinya tinggal diarea KL Residence Syah dan selalu nampak kereta Faizal masuk dan budak-budak ikut kereta dia smbil sebut Faizal Husin, Faizal Husin beramai-ramai.
No comments:
Post a Comment