Saturday, May 21, 2011

Salahsilah Ringkas Raja Pemerintah Negeri Perak

21.05.2011, Sabtu - Secara ringkasnya Salahsilah Raja Pemerintah Negeri Perak bermula dari keturunan Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Melaka terakhir yang melarikan diri apaila Melaka jatuh ketangan Portugis pada 1511. Baginda telah mengasaskan Kesultanan Melayu Johor (1511 - 1528) seterusnya berhijrah ke Kampar dengan membawa semua alat kebesaran diraja. Baginda dikurniakan dua orang putera iaitu Raja Muzafar dan Raja Ali.

Semasa bersemayam di Kampar, orang besar perak yang diketuai oleh Tun Saban yang merupakan anak kepada Bendahara Melaka yang termashur iaitu Tun Perak yang memerintah Hulu Perak telah memohon perkenaan Sultan Mahmud Shah supaya merajakan Raja Muzafar sebagai Raja Perak kerana Perak tidak beraja waktu itu. Bonda Raja Muzafar adalah Puteri Onang Kuning dari Kelantan. Raja Muzafar kemudiannya berkahwin dengan Tun Terang yang merupakan anak perempuan Permaisuri Melaka Tun Fatimah bersama bekas suaminya terdahulu iaitu Tun Ali.

Sultan Mahmud Shah telah memperkenankan permintaan Tun Saban dan Raja Muzafar telah berangkat ke Perak bersama alat kebesaran Diraja Melaka. Semasa berada di satu tempat bernama Beting Beras Basah di Kuala Sungai Perak, Bahtera kenaikan baginda telah tersangkut pada beting berkenaan. Melihatkan keadaan ini bagindapun memandang kelangit sambil berseru :-

Sekongkong tanah Minangkabau, Selilit Pulau Perca, Di Lengkung ular Saktimuna, Perpisahan Beta di Selat Melaka, Jika Sah Beta Raja Berdaulat, Lepaskan sekalian malapetaka.

Seruan baginda telah disambut oleh Tun Saban dan rakyat negeri Perak dengan laungan DAULAT TUANKU sebanyak tiga kali. Dengan itu bahtera baginda terlepas dan bersedia meneruskan perjalanan. baginda serta rombongan telah mudik ke Sungai Perak hingga ke Tanah Abang atau sekarang dikenli sebagai Teluk Bakong. Di Tanah Abang inilah Baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak Pertama pada tahun 1528 dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah I.

Secara ringkasnya ini adalah salah silah Kesultanan Perak yang hampir berusia 483 tahun iaitu :-



  1. Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I ibni Sultan Mahmud Shah. (Marhum Tanah Abang) 1528 - 1549


  2. Paduka Seri Sultan Mansur Shah I ibni Sultan Muzaffar Shah I. (Marhum Kota Lama Kanan) 1549-1577


  3. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Shah ibni Sultan Mansur I. (Marhum Muda) 1577 - 1584


  4. Paduka Seri Sultan Tajul Ariffin ibni Sultan Mansur Shah I. (Marhum Mangkat di Tebing) 1584 - 1594


  5. Paduka Seri Sultan Alauddin Shah ibni Sultan ibni Raja Kecil Lasa Raja Inu ibni Sultan Ahmad Tajuddin Shah. (Marhum Mangkat di Darat) 1594 - 1603


  6. Paduka Seri Sultan Mukaddam Shah ibni Sultan Mansur Shah I. (Marhum Mangkat di Acheh) 1603 - 1619


  7. Paduka Seri Sultan Mansur Shah II ibni Raja Kecil Lasa Raja Inu ibni Sultan Ahmad Tajuddin Shah) 1619 - 1627


  8. Paduka Seri Sultan Mahmud Shah ibni Sultan Mansur Shah I. (Marhum Pulau Tiga) 1627 - 1630.


  9. Paduka Seri Sultan Sallehuddin ibni Sultan Mahmud Shah. (Marhum Mangkat di Kampar) 1630 - 1636.


  10. Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah II. (Marhum Jalilullah) 1636 - 1653


  11. Paduka Seri Sultan Mahmud Iskandar Shah ibni Sultan Muzaffar Shah II. (Marhum Besar Aulia Allah) 1653 - 1720


  12. Paduka Seri Sultan Alauddin Mughayat (Riayat) Shah ibni Yang Dipertuan Muda Pulau Tiga Raja Mansor ibni Sultan Muzaffar Shah II. ( Marhum Sulong) 1720 - 1728


  13. Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah III ibni Yang Dipertuan Muda Pulau Tiga Raja Mansor ibni Sultan Muzaffar Shah II. ( Marhum Haji Allah) 1728 - 1752


  14. Paduka Seri Sultan Muhammad Shah ibni Yang Dipertuan Muda Raja Mansor ibni Sultan Muzafffar Shah II. (Marhum Aminullah) 1744 - 1750


  15. Paduka Seri Sultan Iskandar Dzulkarnain ibni Sultan Muhammad Shah. (marhum Kaharullah) 1752 - 1765


  16. Paduka Seri Sultan Mahmud Shah ibni SultanMuhammad Shah. (Marhum Muda) 1765 - 1773


  17. Paduka Seri Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda ibni Sultan Muhammad Shah. (Marhum Sulong) 1773 - 1786


  18. Paduka Seri Sultan Ahmaddin Shah ibni Sultan Muhammad Shah. (Marhum Bongsu) 1786 - 1806


  19. Paduka Seri Sultan Abdul Malik Mansur Shah ibni Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Jamalullah) 1806 - 1825


  20. Paduka Seri Sultan Abdullah Mu'azzam Shah ibni Sultan Abdul Malik Mansur Shah (Marhum Khalilullah) 1825 - 1830)


  21. Paduka Seri Sultan Shahbuddin Riayat Shah ibni Raja Inu ibni Sultan Sultan Ahmaddin Shah. (Marhum Saifullah) 1830 - 1851


  22. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah I ibni Raja Abdul Rahman ibni Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Iti kadullah atau marhum Durian Sebatang) 1851 - 1857


  23. Paduka Seri Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah ibni Raja Kecil Tengah Raja Ahmad ibni Sultan Abdul Malik mansur Shah (Marhum Waliullah) 1857 - 1865


  24. Paduka Seri Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah ibni Sultan Shahabuddin Riayat Shah(Marhum Nabi Allah) 1865 - 1871


  25. Paduka Seri Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah ibni Raja Sheikhul Amin (Raja Siak) yang berkahwin dengan Raja Nandak bt Sultan Ahmaddin Shah, Sultan Perak ke-18 (Marhum Mangkat di Sekudai) 1871 - 1874


  26. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah (Marhum Habibullah) 1874 - 1877


  27. Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah I (Marhum Gharirullah) 1886 - 1887 (Pemangku Raja 1877 -1886)


  28. Paduka Seri Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah I ibni Bendahara Raja Alang Iskandar ibni Raja Kecil Tengah Raja Ahmad ini Sultan Abdul Malik Mansur Shah. (Marhum Rahmatullah) 1887 - 1916


  29. Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah ibni Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah I (Marhum Radziallah) 1916 - 1918


  30. Paduka Seri Sultan Iskandar Shah ibni Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah (Marhum kadasallah) 1918 -1938


  31. Paduka Seri Sultan Abdul Aziz Aalmustasim Billah Shah ibni Raja Muda Musa ibni Sultan Sultan Ja'afar Mua'adzzam Shah. (Marhum Ni'matullah) 1938 - 1948


  32. Paduka Seri Sultan Yussuff izzuddin Shah ibni Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (Marhum Ghafarullah) 1948 - 1963


  33. Paduka Seri Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil-Allallahi Shah II ibni Sultan Iskandar Shah (marhum Affifullah) 1963 - 1984


  34. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Sultan Yussuff Izuddin Shah. 03.02.1984 - hingga kini.

DIRGAHAYU TUANKU PATEK

3 comments:

Anonymous said...

tolong cari salasiah kerajaan benua islam pasai ma..dari situ kita boleh tahu siapa sultan yang sebenarnya..

Anonymous said...

sory..benua islam kedah pasai ma..

Anonymous said...

sultan ke sepuloh tu......muzaffar shah ke 2..... bapak deme tu siape gamaknye.....darah deme....tu....nak dikire kene kat mane....... saje je nak tanye....deme semuwenye.....sepusat sepusing le kire2nye ye.... sultan muzaffar ke 2 ni....bapaknye asing2 ke.....ibunye tu ke yang lain2..