Monday, May 9, 2011

Prince Albert II of Monaco Pula Akan Berkahwin Selepas Prince William

His Serene Highness Prince Albert II of Monaco

09.05.2011, Isnin - Semalam dilaporkan bahawa Prince Albert II of Monaco dan tunangnya yang merupakan seorang perenang dan warga Afrika Selatan, Charlene Wittstock akan mengadakan majlis resepsi mewah ditempat kelahiran tunangnya pada 07.07.2011 iaitu lima hari selepas Istiadat Perkahwinan mereka di Monaco. Seramai 200 orang tetamu disenarikan untuk majlis berkenaan termasuk kerabat diraja antarabangsa di Oyster Box Hotel yang merupakan sebuah hotel lima bintang di kawasan persisiran pantai di timur bandar Durban.

Prince Albert dan Wittstock telah mengumumkan bahawa mereka akan ke Afrika Selatan selepas Istiadat Perkahwinan untuk menghadiri mesyuarat IOC (International Olympic Committee) di Durban bagi menentukan tuan rumah 2018 Winter Olympics. Dikatakan bahawa pasangan sukan Olimpik ini telah menganjakkan tarikh perkahwinan mereka bagi membolehkan mereka menghadiri mensyuarat IOC yang akan diadakan pada 05 - 09.07.2011 nanti. Prince ALbert merupakan ahli dalam jawatankuasa IOC semenjak 1985 lagi. Prince Albert yang berusia 53tahun merupakan anak kepada Prince Rainer III dan bintang terkenal Hollywood Grace Kelly. Belia bertunang dengan Wittstock yang berusia 33 tahun dalam bulan Jun 2010.

Entry Syah berhubung Pertunangan Pasangan Diraja Ini :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2010/06/semalam-23.html

No comments: