Saturday, May 14, 2011

Makam Allahyarham Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail Telah Siap Dibina

14.05.2011, Sabtu - Ini lah gambar makam Allahyarham Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail, Mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Ke-3 yang meninggal dunia pada 23.12.2010 lepas. Allahyarham dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Gambar ini Syah ambil dua minggu lepas sewaktu solat Jumaat di Masjid Negara. Sebelum ini makam tersebut belum dibina lagi. Bila Syah lihat Batu Nisannya, Syah terus rasa sedih dan terharu kerana bentuknya sama dengan Batu Nisan Makam Almarhum Nenda Syah, Almarhum Ahmad Al-Haj. Tak silap Syah tinggi Batu Nisannya hampir dua kaki cuma bezannya bahagian bawah batu Nisan nenda Syah mempunyai ukiran yang Syah pilih sendiri dan minta Abang Damanhore (pembuuat makam) ukirkan untuk Syah manakala dibahagian tengah bahagian hadapannya Syah letakkan lambang Maharum Bgis Syah.
Entry Syah berhubung kematian Allahyarham Tun Ibrahim:-
http://tengkusyah.blogspot.com/2010/12/tak-jadi-solat-di-masjid-negara-dan-tun.html

Batu Nisan Nenda Syah, Al-Marhum Ahmad Al-Haj

No comments: