
Balik tadi panas sangat dan Muss beli soyabean digerai depan rumah KL Residence dan Syah beli roti perancis yang disapu dengan garlic dan kaya di delifrance carrefour. Kami makan di balkony baru kami. Kononnya lah tu kan makan kat resort, Hehehhehe........... Tu gambar Muss kat atas tu. Selepas tu Syah tertidur ditempat yang Syah kena himpit malam Ahad lepas tu sebab letih dan bila bangun kepala Syah sakit sangat dan telinga rasa tersumbat. Sekarang baru ok sedikit cuma sakit sedikit-sedikit sahaja. Syah minta Muss panadol tapi dia kata tak ada dan minta Syah makan ubat darah tinggi dia. Merepek tul Muss Nie. heheheheh........
Masa nak hujan tadi tergesa-gesa Syah angkat kain dan minta Muss yang sedang berkaraoke tu berhenti dan tolong Syah angkat kain sekali. Sekaran niepun dia masih berkaraoke lagu-lagu orang putih eran 80an. Ok sekarang Syah nak sambung kemas bilik tidur Syah pula, jumpa lagi semua.
No comments:
Post a Comment