
Dari pagi tadi bersihkan perabut kayu dan basuh sarung kerusi serta baju-baju yang habis berhabuk kerana Muss tak tutup dengan betul. Memang tension dan silap jer cakap kami akan bergaduh, sapa lagi Muss ngan Syah lah. Kalau tak Muss ngan Syah, si Cd pula akan gaduh dengan Muss pasal kerja-kerja pembersihan nie. Muss nie susah sikit nak cakap. Barang-barang lama yang dia punya tak nak buang walaupun serpihan kristal yang pecah dilanggar oleh kucingnya. kaset lama dan beg koyakpun tak kasi buang................ Adoiiiiiiiiii tapi akhirnya kami buang juga dengan kebenaran dia setelah bertekak. Biasalah tue, bertekak pas tu baik semula.
Internet di KL Residence meragam, no internet access dan call 100 tapi apa yang mereka suruh buat semuannya tak jadi. Last sekali mereka kata akan uruskan masalah nie dalam masa 72jam. Sekarang online guna celcom broadband. Jam 17:00hrs tadi Syah keluar ngan Muss untuk fetch Cd ditempat kerjannya dan lepas tu makan di Wangsa Maju. Hampir Maghrib baru kami sampai. Sekarang jam 20:43hrs Cd dan Muss sedang mengemas dan Syah nak solat Insyah dulu dan lepas tu sambung lagi kerja-kerja pembersihan. Sehingga berjumpa lagi di lain entry. Nanti Syah update mengenai raja-raja ..ok.
No comments:
Post a Comment