14.05.2011, Sabtu - Hari ini Syah buat appointment dengan Shah daripada Dedalu Emas Enterprise untuk buat semburan serangga macam biasa yang Syah buat 2 atau 3 bulan sekali. Setelah selesai buat semburan seluruh rumah tiba-tiba dia inform Syah yang ada anai-anai semula didalam stor bawah tangga Syah. Memang ada kesan tanah Syah lihat. Alamak ada lagi rupannya.
Tak silap, tahun 2009 Syah buat maintenance anai-anai dengan tanam ubat dalam tanah dan dia caj Syah RM1300.00. Kali nie dia cadangkan Syah buat Pengumpanan Anai-Anai menggunakan alat tak silap Syah namannya X-Term banting System. Dia akan letakkan sebuah kotak dan letakkan kapsul makanan untuk anai-anai sebagai umpan. Anai-anai tu tak akan mati selepas makan tetapi akan memasuki semula sarang dia dan makanan yang dibawa untuk ratu, kemudiannya askar-askar yang lain akan keluar dan makan makanan tu. Lama-lama semua anai-anai akan mati. Kotak tu akan menarik perhatian anai-anai dalam lingkungan 50 meter untuk datang dan makan kapsul tu.
Dalam masa tiga atau empat minggu semua anai-anai akan mati. Dia akan buat inspection seminggu sekali sehingga tidak akan ada lagi anai-anai yang hidup based on the box condition. So Syah buat appointment samada Rabu atau Khamis depan sebab esok hingga Selasa Syah akan berada di KL Residence. Untuk system nie katanya biasanya akan dicaj RM1,300.00 tetapi disebabkan Syah regular customer dia, dia caj Syah RM750.00. Syah setuju coz tak ada pilihan lain. Barang-barang dalam kitchen cabinet yang Syah letakkan di ruang tamu sebelum disusun semula ketempat asalnya esok pagi.
Syah pula minta dia buat semburan dalam kitchen cabinet Syah sebab ada macam kutu beras kat dalam tu. Dulu punya kes lah nie, Syah letak beras dalam tu dan lama sangat sampai ada kutu beras. Hehehehe............... So atas meja ruang tamu Syah dan lantai penuh dengan barang-barang dalam kitchen cabinet dan esok Syah akan mop baru letakkan semula. Kena tunggu esok supaya ubat semburan tu meresap kat tile baru boleh mop. Lepas kemas barang-barang nie baru Syah akan bertolak ke KL Residence.
No comments:
Post a Comment