28.05.2011, Sabtu - Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 Jordan, King Abdullah II telah berkenaan memberi pengampunan beramai-ramai kepada banduan-banduan di Jordan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Diraja tidak memaklumkan jumlah sebenar banduan yang diampunkan dan Pengampunan ini tidak melibatkan Penganas, Pembunuh, Perogol, Pesalah yang melibatkan kes Dadah dan Kewangan. Langkah ini sebenarnya telah lama ditunggu sebagai satu cara untuk mengurangkan ketegangan yang berlaku berikutan para penunjuk perasaan yang inginkan Jordan lebih terbuka, pembaharuan dari segi ekonomi dan mengadakan pilihanraya baru bagi memilih pemimpin di parlimen. Pengampunanini perlu mendapat kelulusan parlimen. King Abdullah II dalam titahnya memaklumkan bahawa sikap bertolak ansur ini tidak harus disalah ertikan sebagai satu kelemahan.Raja-Raja Jordan :- HM King Abdullah 1(1946 - 1951) HM King Talal I (1951 -1952 - Turun tahta atas masalah kesihatan), HM King Hussein (1952 - 1999), HM King Abdullah II (1999 - Sekarang)
Jordan merupakan sebuah negara di Timur Tengah yang bersempadan dengan Syria disebelah utara, Arab Saudi di sebelah timur dan selatan, Iraq di sebelah timur laut serta Israel dan Tebing Barat di sebelah Baratnya. Setelah 15 tahun berada dibawah jajahan takluk British, Jordan akhirnya mendapat kemerdekan pada 25.05.1946 dan dalam masa yang sama King Abdullah I ibni Al-Hussein daripada Dinasti Al-Hashimi yang ketika itu berusia 64tahun ditabalkan sebagai Raja Jordan.
No comments:
Post a Comment