Monday, May 9, 2011

Tengku Mahkota Pahang Rasmikan Kembara Berakit Antarabangsa 2011

Tengku Mahkota Pahang Memalu Gong sebagai tanda Perlepasan bagi para peserta Kembara Berakit Antarabangsa 2011 - Gambar dari Bernama

09.05.2011, Isnin - Hari ini Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan merasmikan Kembara Berakit Antarabangsa 2011 yang diadakan di Jeti Kuala Lipis, Kuala Lipis Pahang. Perlepasa peserta dilakukan oleh KDYMM Tengku Abdullah Al-Haj sendiri dengan memalu gong perlepasan. Pertandingan ini disertai oleh seramai 38 pasukan meliputi jarak sejauh 188km bermula di Sungai Jelai, Kuala Lipis dan akan menamatkan kayuhan rakit mereka di Kuala Sungai Pahang, Bandar Diraja Pekan.

No comments: