Monday, May 16, 2011

Queen Elizabeth II Pemerintah Kedua Paling Lama Diatas Tahta Britain

HM Queen Elizabeth II

Queen Elizabeth II sekarang merupakan pemerintah kedua paling lama dalam sejarah institusi beraja di Britain yang berusia hampir 1000 tahun. Baginda telah mengatasi rekod King George III yang berada diatas tahta selama 59 tahun 96 hari termasuk lebihan 13 hari bagi tahun lompat yang jumlahnya 21,644 hari. Buat masa ini Queen Victoria merupakan pemerintah beraja Britain yang paling lama berada diatas tahta dalam sejarah sistem beraja di Britain iaitu lebih daripada 63 tahun dan 216 hari.

Queen Elizabeth II akan menyambut Jubli Emas pemerintahan baginda pada tahun hadapan. Baginda yang menaiki tahta pada 06.02.1952 telah berada diatas singahsana selama 59 tahun dan 95 hari termasuk lebihan 15 hari bagi tahun lompat dengan jumlah hari sebanyak 21,645 hari dan telah mengatasi rekod yang dibuat oleh King George III. Jika dipanjangkan umur, Baginda Queen Elizabeth II akan mengatasi rekod yang dibuat oleh Queen Victoria dalam masa empat tahun lagi iaitu pada tahun 2015 untuk meletakkan baginda sebagai pemerintah yang paling lama bertahta di Britain.

Walaupun sudah berusia 81 tahun, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Baginda Queen akan mengurangkan tugas-tugas rasmi baginda samada didalam atau diluar negara. Sebagai contohnya, minggu hadapan Baginda dan suaminya, Prince Philip akan mengadakan lawatan rasmi negara ke Ireland. Ini merupakan lawatan pertama pemerintah beraja Britain ke Ireland selepas iannya mendapat kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1922. Baginda dilaporkan akan diberi kawalan ketat keselamatan semasa berada di negara bekas tanah jajahan Britain itu.


HM Queen Victoria

No comments: