24.05.2011, Selasa - Pagi tadi selepas buat fisio, Syah ke Menara TM ingatkan hendak breakfast tetapi kebanyakan stall dah sediakan makan tengahari lalu Syah beli karipap jer untuk alas perut sebab baru lepas ambil suppliment lutut Syah. Selepas tu terus ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan menaiki LRT. Syah tak kerja hari nie kerana hendak uruskan pembelian hadiah cabutan bertuah untuk TM Award Nite. Setiap bahagian diwajibkan menyumbang 6 item untuk cabutan bertuah yang nilannya tidak kurang daripada RM300.00 untuk satu hadiah. Budgetnya hanya RM1,800.00 sahaja dan Syah buat pembelian menggunakan ongkos Syah sendiri dan kemudiannya akan diclaim semula.
Sampai Jalan Tuanku Abdul Rahman Syah singgah di Euro Moda Gulati's Silk House. Syah beli dua helain kain untuk baju kurung. Mula-mula beli 100% Pure Korean Chiffon Silk yang harga asalnya RM398.00 tetapi ada offer 30% menjadikannya RM278.00. Disebabkan Syah members Euro Moda Gulatis dapat lagi 10% diskaun menjadikannya RM250.00. Kain kedua pula seperti gambar diatas tu. Cantik tak Kakak-Kakak semua. Italian Washable Chiffon with Beads yang harganya RM198/meter. Dapat diskaun 40% menjadikan hargannya RM118.00/meter. Untuk baju kurang Syah beli 3.5 meter dengan harga RM 413.00. Syah tak beli 4 meter kerana bidang kain nie besar 3.5 meter sudah mencukupi.
Dari Euro Moda, Syah jalan kaki ke Sogo dan singgah ke Bonia Boutique untuk beli dua set tali pinggang dan dompet lelaki pula. Satu set bucklenya bewarna perak dan satu bewarna emas. Harga setiap satu RM229.00 dan Syah belanjakan sebanyak RM458.00 untuk dua set. Lepas tu Syah jalan-jalan sambil berfikir hendak beli apa. Akhirnya Syah buat keputusan beli minyak wangi DKNY - Delicous 100ml untuk wanita berharga RM300.00 makanala untuk Lelaki RM245.00, kesemuannya berjumlah RM545.00 dan ada balance lagi RM134.00. Kemudiannya Syah beli pembalut hadiah dan peralatan membalut dengan harga RM32.10. Perbelanjaan yang telah dipakai adalah sebanyak RM1,698.10 dan jumlah tu akan Syah claim semula.Setelah selesai beli barang ingatkan hendak makan tetapi barang banyak jadi tak selesa Syah takut hilang. Syah buat keputusan balik Rawang. Walau bagaimanapun tukar plan sebab Syah tunggu Arip yang kerja 1/2 day hari ini dan balik sama-sama ke Rawang naik kereta Azrin. Kami bertolak dari LRT Putra KL Sentral dan turun di last station iaitu Stesyen Putra di Gombak. Azrin tunggu kami dengan kereta dia. Kami makan di Gombak dan Syah belanja. Mula-mula mereka caj RM30.00 tetapi dapat diskaun RM25.00 coz ayam goreng yang Syah dan Azrin ambil sudah berbau.
Dari tempat makan Syah temankan mereka survey perabut di Selayang kemudiannya balik ke Rawang dan singgah kedai elektrik sebab henndak beli spot light dan wiiring untuk pelamin. Mereka ada job orang bertunang 26 haribulan nie. Syah sempat singgah Pasar Tani sekejap untuk beli Mee Rebus dan makanan lainnya untuk dinner malam nie. Lepas tu kami ke kedai handphone sebab Arip hendak beli handphone baru. Entah macam mana Syah pun beli phone baru..... Hehehehhehehe gantikan phone yang kebanyakan orang lain kata "AZAB" tue.
Sampai Rumah hampir 18:30hrs dan Syah minta Arip bungkuskan barang-barang yang Syah beli tadi keran Arip kata dia memang suka bungkus hadiah. malam nanti merekaakan hantar ke rumah Syah dan lepas tu kalau jadi ikut plak kami keluar minum jap, Syah belanja.
No comments:
Post a Comment